Gambar: bp.blogspot.com
Kontroversi Elly Mazlein yang menarik diri dari Gegar Vaganza 3 telah menjadi isu hangat sejak Ahad lalu. Isu itu mendapat perhatian dari pelakon dan pengarah popular, Ogy Ahmad Daud.
Baru-baru ini Ogy memuat naik status Elly memang sepatutnya tersingkir kerana lebih banyak membuat ‘drama’ di pentas GV3. Akibatnya, Ogy dihentam teruk oleh netizen yang kebanyakannya adalah penyokong Elly.
Biarpun dikecam netizen, Ogy tetap mempertahankan tindakannya dan dia langsung tidak terjejas dengan setiap komen negatif yang dilemparkan.
“Mereka menghina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman. Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya. Saya memang tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran.”- Ogy Ahmad Daud, Harian Metro Online
Bagi Elly melalui temubual bersama Harian Metro Online, dia terima gelaran ‘drama queen’ yang diberikan dan tidak berkecil hati dengan gelaran itu dan dia amat menghormati Ogy kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air.
Gambar: Astrogempak.com
The post Ogy Ahmad Daud Tidak Peduli Walaupun Dikecam appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment