Neelofa dan Fattah Amin Sertai Cabaran Mannequin Challenge

Fenomena mannequin challenge ini sudah menjadi fenomena yang trending di seluruh dunia. Boleh dikatakan hampir semua tempat akan menyahut cabaran mannequin ini. Mannequin Challenge merupakan video viral di laman media sosial yang menyaksikan orang ramai beraksi seperti patung mannequin dan tidak bergerak sambil kamera mula merakan. Ramai yang berkongsi video cabaran mereka menggunakan hashtag #MannequinChallenge.

Muzik latar belakang yang sering digunakan untuk video cabaran ini ialah Rae Sremmurd feat Gucci Mane. Cabaran ini mula menjadi viral apabila pelajar di sebuah sekolah di Amerika Syarikat memuatnaik video mereka melaksanakan cabaran ini dan sekaligus video cabaran itu menjadi viral sehingga ke hari ini.

Turut menyahut cabaran ini ialah Neelofa dan Fattah Amin yang menyertai cabaran ini bersama krew Brunei Airlines. Jelita senaraikan tujuh video mannequin challenge dari krew penerbangan di seluruh dunia. Video Neelofa dan Fattah Amin turut tersenarai. Emirates Airlines

Mannequin challenge dari Emirate Airlines ini nampak sangat bergaya kerana ia melibatkan sebuah pesawat Airbus A380 dan juga memaparkan rutin seharian dari krew-krew Emirates Airlines. Dalam video ini, kelihatan krew-krew Emirates Airlines yang kaku ketika menjalankan tugas mereka. Tambahan pula, anda dapat menyaksikan bagaimana krew penerbangan menyiapkan sebuah kapal terbang sebelum ia memulakan penerbangan.

The post Neelofa dan Fattah Amin Sertai Cabaran Mannequin Challenge appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment