Mencari Tempat Untuk Latihan Industri? Istana Buckingham dan Windsor Buka Peluang Ini

Latihan industri di Istana Buckingham? Mungkin ini peluang anda untuk realisasi impian berkarier di dalam sebuah istana disamping keluarga Di-raja.

 

putera-harry

Gambar : Twitter The Royal Family

 

Putera Harry baru sahaja mengumumkan akan peluang pekerjaan ini untuk mereka yang ingin merasai pengalaman melakukan latihan industri di istana.

 

Putera raja yang berusia 32 tahun ini menyatakan yang mana akan dibuka sembilan jenis  latihan industri hospitaliti untuk Queen Elizabeth II.

 

Latihan hospitaliti itu bakal mengambil tempat di Istana Buckingham dan Istana Windsor, dari kulinari ke bahagian housekeeping, dan tugas-tugas harian rumah. Ia termasuklah untuk posisi tukang masak, hos, pengemas rumah dan mereka yang inginkan pengalaman dalam menjaga perabot serta item dekorasi berseni milik Queen Elizabeth.

 

Mungkin inilah satu peluang keemasan anda untuk mencuba nasib dengan berpengalaman bekerja di istana Di-raja United Kingdom. Biasiswa hospitaliti ini akan mengambil masa selama enam minggu tahun depan.

The post Mencari Tempat Untuk Latihan Industri? Istana Buckingham dan Windsor Buka Peluang Ini appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment