Sering kali mendengar ungkapan, dari mata turun ke hati.Namun, apakah yang dimaksudkannya? Benar kata orang mata itu daya penarik seseorang. Apabila kita berkomunikasi dengan seseorang,matalah yang menjadi titik focus kita. Kita pasti akan melihat akan matanya terlebih dahulu.
Usah biarkan mata kita dilihat lesu tidak bermaya. Rawatlah sepasang mata kita agar ia kelihatan cantik,segar dan bertenaga.
Urutan Minyak Zaitun
Seperti badan yang lesu keletihan kerana aktiviti seharian, begitu juga dengan mata anda. Mata juga boleh keletihan atau terasa penat kerana harus bekerja sewaktu anda berjaga. Jadi, perlu juga untuk anda menenangkan mata dengan urutan. Caranya juga mudah
- Sediakan minyak zaitun.
- Pastikan mata anda sudah dibersihkan terlebih dahulu dari kesan solekan.
- Sapukan minyak zaitun pada bahagian bawah mata sambil diurut lembut selema beberapa minit sebelum dibilas bersih.
Madu Dan Lemon Untuk Mata Sihat
Mata yang sihat adalah mata yang segar tanpa sebarang calitan mekap. Bagaimana untuk anda menjaga daerah sekitar mata agar sihat menawan? Berikut adalah caranya:
- Sediakan sesudu madu
- Titiskan dengan 3 hingga 4 titis air perahan lemon. Gaul sebati. Sapukan ia pada bahagian bawah mata.
- Biarkan selama 20 minit atau sehingga ia kering sebelum dibilas bersih.
Hindari Kedut Pada Mata
Keduta pada mata membawa salah satu tanda penuaan yang merisaukan wanita. Ada cara mudah yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan atau melambatkan kedutan pada bahagian mata.
- Sediakan sebiji telur.
- Pecahkan telur dan keluarkan isinya. Ambil lebihan putih telur seperti buih itu dan sapukan pada bahagian kedutan di sekitar mata.
- Biarkan ia sehingga keesokan paginya.
The post Mata Jendela Wajah appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment