Malam Pengiktirafan Most GLAM 2016

Tanggal 15 November yang lalu, GLAM telah mengadakan malam Most GLAM yang meraikan 10 wanita berpengaruh dalam era digital. 10 wanita yang terpilih ialah Kim Raymond, Tuti Noor, Didie Nasir, Heidi Nazarudin, Sharifah Ervinna Datuk Syed Alwi, Yasmin Johan, Nina Ismail Sabri, Shir Chong, Aniza Adnan dan akhir sekali Izara Aishah.
 
10 wanita ini dipilih kerana mereka semua mempunyai ciri-ciri GLAM yang tersendiri dan unik. Majlis Malam Most GLAM ini diadakan di hotel terkemuka iaitu St Regis Kuala Lumpur. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti ternama seperti Dynas Mokhtar, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Datin Nina Juren, Dato Zeila Jalil, Alif Satar, Bront Palarae, Joe Flizzow, Keith Foo dan ramai lagi turut memeriahkan majlis ialah sosialit-sosialit tanah air.
 
Lobi Astor Room dipenuhi dengan kehadiran tetamu-tetamu yang berpakaian mewah dan bergaya. Tema black tie dipilih untuk malam itu. Tepat jam 9 malam, para tetamu di bawa masuk ke dalam ballroom untuk acara penganugerahan 10 wanita Most GLAM sambil menikmati makan malam yang disediakan oleh pihak hotel. Daphne Iking merupakan pengacara malam itu dan majlis makan malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan dari Forteen, Adira dan juga Alyah. Acara itu tamat kira-kira jam 11 malam.
 

The post Malam Pengiktirafan Most GLAM 2016 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment