Lee Kwang Soo Terkejut Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Cuba Untuk Selfie

Siapa yang tak terkejut pabila secara tiba-tiba telefon atau barangan peribadinya di rampas begitu sahaja tanpa sebarang peringatan? Itulah yang terjadi kepada Ayda Jebat baru-baru ini.

 

capture-20161128-151134

Gambar : Instagram Ayda Jebat

 

Sabtu lalu, pusat beli-belah Paradigm Mall di Petaling Jaya telah digegarkan dengan kehadiran selebriti undangan dari Korea Selatan, Lee Kwang Soo.

 

Kwang Soo telah dijemput hadir ke program realiti, Running Man Challenge – Hydrated By 100Plus yang juga dihadiri oleh beberapa orang selebriti tanah air termasuklah Ayda Jebat, Saharul Ridzwan, Hairul Azreen dan Ajak Shiro.

 

Kehadirang bintang realiiti televisyen Running Man semestinya yang dinanti-nantikan oleh ramai peminatnya di Malaysia. Boleh kata siapa yang tak mahu mengambil gambar bersamanya bukan? Namun, niat Ayda yang ingin berselfie bersamanya tergendala pabila telefon miliknya telah dirampas secara tiba-tiba oleh seorang pengawal keselamatan di tempat kejadian.

 

Insiden tersebut berlaku begitu pantas dan sehinggakan membuatkan Ayda kelihatan tergamam tanpa kata-kata. Insiden rampasan tersebut telah membuatkan selebriti lain turut terkejut termasuklah Kwang Soo. 

 

 

Kwang Soo yang sememangnya profesional dan sentiasa ingin melayan baik peminatnya terus bergegas mendapatkan kembali telefon milik Ayda dan meminta untuk mengambil selfie semula.

 

Menerusi laman Twitter Ayda, dilihat ramai peminat-peminatnya yang mengutarakan rasa terkejut dan marah akan tindakan pengawal tersebut yang tidak memberikan kata peringatan terlebih dahulu.  Ayda turut meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di dalam Twitter nya.

 

The post Lee Kwang Soo Terkejut Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Cuba Untuk Selfie appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment