Lara Alana Alami Masalah Lambat Bercakap, Awal Ashaari Mula Risau

Penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris serta dialek yang berbeza di rumah membuatkan Lara Alana mengalami masalah lambat bercakap meskipun sudah berusia 2 tahun.

 

capture-20161109-172718

Gambar : Instagram Lara Alana

 

 

Bapa kepada si comel popular ini, Awal Ashaari mengakui yang mana perkembangan fizikal bagi anak perempuannya itu sudah melebihi kanak-kanak sebaya dengannya, namun dari segi pertuturan, Lara masih lagi belum boleh berkomunikasi seperti kanak-kanak lain.

 

“Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya.  Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang,” kata Awal kepada ProjekMMO.

 

capture-20161109-172933

 

Katanya lagi, disebabkan terlalu banyak bahasa dan dialek yang digunakan di rumah membuatkan Lara agak keliru sekaligus mengakibatkan masalah pertuturannya. 

 

“Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan. Saya cakap Melayu dan Inggeris.  Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa. Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,” jelas Awal lagi.

 

capture-20161109-172836

 

Bukan itu sahaja, Awal turut menjelaskan yang Lara menggemari rancangannya sendiri iaitu Lara Oh Lara. Bahkan, si kecil ini pasti akan duduk fokus di hadapan TV setiap kali rancangannya itu ke udara. Obsesnya pada diri sendiri buatkan anak kepada pasangan selebriti Awal dan Scha ini akan mengambil sendiri alat kawalan jauh dan tonton dirinya sendiri selama setengah jam.

 

Namun, bagi Awal, dia sendiri tidak pasti sama ada tindakannya dalam memberi Lara kebebasan untuk menonton televisyen adalah baik buat perkembangan dari segi pertuturannya atau pun tidak.

 

 

 

 

 

The post Lara Alana Alami Masalah Lambat Bercakap, Awal Ashaari Mula Risau appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment