Kotak Kecantikan Kejutan

Bayangkan mendapat hadiah untuk diri sendiri berupa kotak kecantikan kejutan setiap bulan? Wanita mana yang tidak sukakan hadiah, apatah lagi jika ia berupa produk kecantikan jenama kegemaran.

jelita peek a box

Terbaru, Peek-a-Box dilancarkan bagi memenuhi kehendak anda yang menginginkan kotak kecantikan berlaci cantik mengandungi produk kecantikan. Antara jenama kecantikan yang menjadi rakan kepada Peek-a-Box ini termasuk The Body Shop, Melvita, The Face Shop, Avenys Skincare serta banyak lagi. Selain produk penjagaan kecantikan dan kosmetik, ia turut sama memperkenalkan jenama yang mempromosikan kecantikan dalam cara berbeza. Ini termasuk kolaborasi pertamnya bersama Aidijuma, jenama tudung bawal yang menampilkan koleksi terbarunya sebagai antara kandungan kotak kecantikan ini.

Peek-a-Box tampil dengan konsep langganan eksklusif kotak kecantikan yang menawarkan empat hingga lima produk kecantikan istimewa bersaiz sampel deluxe dengan penghantaran terus ke rumah anda. Penggemar kecantikan berpeluang mencuba dan menikmati tawaran hebat produk mewah, kosmetik eksklusif dan terkenal, penjagaan kulit, wangian, penjagaan rambut dan pelbagai produk kecantikan jenama tempatan dan antarabangsa.

Ditubuhkan Shuhada Alauddin, seorang peguam yang kemudiannya memilih untuk menjadi pakar warna dan usahawan, dia memulakan Peek-a-Box dengan visi untuk menyatukan kecantikan dalaman seperti self-love, intelek, keyakinan dan semangat jati diri dengan kecantikan luaran. Dia turut mendapat sokongan dua lagi pengasas bersama, Zura Ahmad dan Bubblegumhijab, ikon fesyen dan kecantikan.

Penghantaran Peek-a-Box pertama bakal bermula Januari 2017 agar pelanggan boleh menikmatinya sebagai ganjaran buat diri sendiri. Hadir sama sewaktu majlis pelancaran ini adalah ikon selebriti, blogger kecantikan dan jurusolek dari UK iaitu Nabiilabee.

Bagi yang mahu mencari produk kecantikan secara lebih jimat dan mesra poket, anda boleh memilih melanggan secara individu atau bulanan dengan harga serendah RM59. Pakej langganan turut ditawarkan menerusi langganan sebulan, tiga bulan, enam bulan serta 12 bulan bersesuaian mengikut bajet anda. Selain itu, mereka turut menawarkan diskaun sehingga 10 peratus bagi langganan seterusnya.

Selain menjadi hadiah buat diri sendiri, anda juga boleh menjadikannya sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang.

The post Kotak Kecantikan Kejutan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment