Ketahui Khasiat Luar Biasa Cendawan

Cendawan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: “Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata.”

cendawan

Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah serta meningkatkan sistem ketahanan badan.

Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
Pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.

Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

The post Ketahui Khasiat Luar Biasa Cendawan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment