Gambar: TPGimages
Penyanyi pop R&B, Mariah Carey mula menyerlah dalam dunia hiburan sejak berusia 18 tahun setelah menandatangani kontrak bersama Columbia Records. Empat lagu dari album pertama Mariah Carey telah mendapat nombor pertama termasuk lagu ‘Vision of Love’ yang terkenal. Dengan vokal yang lebih mantap, Mariah tersenarai sebagai salah satu penyanyi yang paling kuat dan mempunyai gaya yang tersendiri pada masa kini.
Sebagai salah satu penyanyi yang bergelar diva, Mariah mula mencintai dunia nyanyian sejak dia masih lagi kanak-kanak. Pada usia empat tahun, dia mula menghadiri kelas vokal dan perjalanannya ke arah kemasyhuran tidak mudah. Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Mariah bekerja sambilan sebagai pelayan, coat check girl dan pada masa yang sama dia turut melanjutkan pelajaran dalam bidang kosmetologi sambil menulis secara aktif dan turut meneruskan kerjaya muziknya pada waktu malam.
Dokumentari bertajuk ‘Mariah World’ akan menemui penonton Disember ini. Melalui dokumentari itu, penonton akan disajikan dengan tayangan eksklusif di sebalik kehidupan glamornya baik di atas atau di belakang pentas. Siri dokumentari ini juga menyaksikan persiapan konsert Mariah yang kesembilan, ‘Sweet Sweet Fantasy Tour’, di mana Mariah akan membuat persembahan di enam lokasi di seluruh Great Britain dan beberapa tempat lain di seluruh Eropah dan juga di Afrika.
Selain dari menjadi seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang berjaya, Mariah juga pernah menjadi hakim pertandingan nyanyian. Bagi anda yang meminati Queen Mimi (Mariah Carey), dokumentari ‘Mariah’s World’ adalah platform terbaik untuk anda mengenali Mariah Carey dengan lebih dekat dan juga melihat sisi berbeza Mariah Carey melalui dokumentari ini.
Intai ke dalam kehidupan mewah dan glamor Mariah Carey di dalam dokumentari ‘Mariah’s World’ pada 6 Disember ini pada jam 9 malam di E!, saluran 712, Astro
The post Imbau Kembali Detik Hidup Mariah Carey appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment