Fesyen dikala bersukan

Kebiasaanya sebut sahaja sukan atau gimnasium, ia mesti dikaitkan dengan pakaian ketat yang menjolok mata sehinggakan ada diantara kita agak fobia untuk melakukan aktiviti senaman di tempat awam. Ada juga yang rela melakukannya di rumah kerana malu dan kurang gemar memakai pakaian yang sendat.

Jangan risau kerana fesyen secara asasnya bersifat bebas. Jadi bila bercakap mengenai fesyen pakaian sukan, konsep suai padan amat penting agar anda selesa dengan penampilan anda. Bila penampilan memenuhi kehendak, barulah aura nak bersukan itu boleh datang!

Jelita memberi beberapa cadangan penampilan bersukan yang mungkin anda boleh praktikkan.

  1. Apa yang diperlukan hanyalah sehelai baju lengan panjang dengan potongan bawah punggung serta tudung instant yang boleh menutup bahagian dada anda. Kebiasaanya fabrik yang dicadangkan bersifat nilon kerana ia lebih ringan.

Image result for baju sukan muslimah 2016

2. Tidak perlu risau sekiranya anda kurang mempunyai koleksi baju berlengan panjang. Baju- T juga           boleh dipakai bersama sarung tangan muslimah yang banyak dijual untuk memudahkan anda. Harus       diingati, sarung tangan anda tidak jarang dan ia perlu meliputi pada bahagian atas lengan.

 

 

Image result for baju sukan muslimah 2016

 

3. Jika anda rimas dengan potongan tudung anda yang mungkin boleh mengganggu aktiviti senaman,         cuba gayakan bawal yang diikat pada bahagian belakang leher. Selain itu, tudung bersifat instant juga       boleh digunakan. Masukkan labuh tudung pada bahagian dalam baju. Mudahkan?

 

Image result for baju sukan muslimah 2016

 

4.  Nah! buat anda yang tidak mahu menggunakan hijab sewaktu bersukan, gunakan anak tudung untuk menutup kawasan rambut dan baju yang mempunyai penutup kepala.

 

 

*Sumber: Google

The post Fesyen dikala bersukan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment