Emosi Kareena Kapoor Tidak Stabil Ketika Hamil

Kareena Kapoor menyifatkan proses kehamilan anak sulungnya ini membuatkan emosinya kurang stabil.

 

kareena

Kareena bersama kakaknya, Karisma Kapoor. Gambar : Sumber Google

 

Isteri kepada Saif Ali Khan ini menyatakan yang mana dia tidak dapat hendak mengungkap perasaannya ketika ini. Baginya, perubahan bentuk tubuh dan emosi adalah satu perkara yang unik baginya.

 

“Semua orang ingin tahu apakah perasaan saya sepanjang kehamilan ini? Saya sendiri sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Bagi saya ia sebuah emosi yang begitu peribadi sehingga ia sukar digambarkan dengan kata-kata. Cuma, perubahan ini amat menyenangkan dan saya tidak sabar untuk bergelar ibu,” katanya kepada BollywoodLife.

 

Kareena kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka akan bersalin pada bulan Disember depan. Sebelum ini, Kareena turut mengakui yang dirinya menerima banyak tawaran dari media yang mahu membeli gambar anaknya itu nanti.

 

Pasangan terkenal Bollywood ini masih lagi tidak mengetahui jantina anak dalam kandungannya pada masa ini dan mahu biarkannya sebagai satu kejutan.

 

 

The post Emosi Kareena Kapoor Tidak Stabil Ketika Hamil appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment