Gambar: Instagram Elly Mazlein
Penyanyi, Elly Mazlein menyatakan hasratnya untuk menarik diri sebelum diumum tersingkir pada program Gegar Vaganza 3 yang berlangsung di Auditorium MBSA pada malam Ahad lalu.
Elly Mazlein mengambil keputusan untuk menarik diri dari meneruskan perjuangan di program berkenaan kerana dia berasa tersinggung dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS.
Kata Elly Mazlein pada mStar Online, jujur dia tersinggung dan kecil hati dengan komen Datuk Ramli MS yang menganggap dia hanya mendapat simpati pihak Astro untuk terus berada dalam program tersebut. Elly turut meluahkan rasa sedihnya apabila dia merasakan Tok Ram (Ramli MS) seakan-akan mengiyakan apa yang diperkatakan orang tentang penglibatannya dalam program itu.
Pada minggu ke empat GV3, Elly Mazlein menyampaikan lagu Jangan Menangis Sayang berduet bersama penyanyi Acong.
Tambah Elly, dia nekad untuk tidak meneruskan perjalanan pada program tersebut sekalipun diberi peluang layak ke minggu hadapan. Elly juga turut menyatakan dia menyertai program tersebut bukan untuk meraih simpati masyarakat terhadap kehidupannya.
Bagaimanapun, Elly berkata dia tidak marah mahupun dendam pada juri tersebut.
The post Elly Mazlein Tarik Diri Kerana Tersinggung Dengan Komen Ramli MS appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment