Gambar: Instagram Neelofa
Bintang Paling Popular, ANugerah Paling Popular BH 29, Neelofa nyata terharu apabila dimaklumkan rumah tangga sepasang suami isteri yang berantakan dapat diselamatkan impak daripada drama bersiri lakonannya dengan Fattah Amin, Suri Hati Mr Pilot.
Neelofa tidak menyangka fenomena drama arahan Michael Ang dan Hadith Omar itu mampu memulihkan hubungan yang sudah retak menunggu belah disebabkan pengaruh karakter Warda dan Erjaz.
Neelofa turut menjelaskan pasangan berkenaan menghadapi kemelut sejak awal tahun tetapi masih sebumbung disebabkan zuriat di dalam kandungan isteri dan setiap malam mereka mengikuti turun-naik hubungan Ejaz dan Warda dalam mengharungi kehidupan berumah tangga yang akhirnya menemui kebahagiaan selepas masing-masing meninggalkan ego dan bertolak ansur.
Tambah Neelofa lagi, nyata drama arahan Michael Ang ini sarat dengan pengajaran hingga mampu mencetuskan perubahan kepada mereka yang berada di alam realiti dan Neelofa juga turut berasa teruja apabila drama Suri Hati Mr Pilot terus menjadi fenomena selaku fokus perbualan penonton terutama di laman sosial media walaupun drama itu sudah tamat awal bulan ini.
Neelofa turut akui dia berasa terharu kerana drama berantai terbabit diikuti semua kelompok masyarakat termasuk golongan muda-mudi urban yang selama ini lebih cenderung terhadap drama terbitan luar negara selain dari sosialit atasan.
The post Drama Lakonan Neelofa Dan Fattah Amin Selamatkan Rumah Tangga Penonton appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment