Gambar:INGimage
Donald Trump telah dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 setelah memenangi undian sebanyak 276 mengatasi pesaingnya, Hillary Clinton yang hanya memiliki undian sebanyak 218.
Semasa kempen dijalankan, Trump mendapat tentangan ramai pihak kerana kontroversinya tentang isu seks terhadap wanita dan juga isu perkauman dengan umat Islam.
Keputusan mengejut itu telah mengundang begitu banyak reaksi bukan sahaja dari rakyat Amerika tapi juga seluruh dunia yang menantikan keputusan pilihanraya tersebut.
Bahkan, laman portal imigrasi Kanada turut crash setelah ramai rakyat Amerika yang cuba untuk berpindah ke negara itu ketika Trump mendahului pilihanraya tersebut.
Trump banyak mendominasi negeri seperti di Florida, Ohio dan Utara Carolina bahkan Trump turut menang di negeri seperti di Wisconsin dan Pennsylvania yang tidak pernah mengundi calon Republikan sejak 1988. Manakala Clinton dilihat lebih banyak mendominasi di negeri yang di dominasi oleh kaum Afrika Amerika.
Menurut sumber, sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, Clinton menerima baik keputusan itu namun enggan memberi sebarang komen manakala Trump yang akan menjalankan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat tidak lama lagi telah berjumpa dengan orang ramai di Hilton Hotel di Manhattan diiringi oleh keluarganya.
Gambar: nytimes.com
The post Donald Trump Presiden Amerika Syarikat Yang Baru appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment