Bila Makanan Korea Bertemu Malaysia Di 11street

Fenomena Korea  sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut carian oleh 11street, segala yang berkaitan dengan Korea tidak kira muzik, drama dan sehinggalah ke makanan Korea pasti akan menjadi trend terkini. Untuk memastikan rakyat Malaysia terus mempunyai bekalan barangan dari Korea, 11 street telah mengukuhkan kerjasamanya dengan K Market, anak syarikat KMT Trading Sdn. Bhd yang bertanggungjawab dalam mengimport dan mengedar produk Korea di Malaysia. 11street kini menawarkan bukan sahaja barangan makanan yang diimport dari Korea tetapi juga makanan Korea halal terutama bagi pembeli yang beragama Islam.
 
Persamaan selera rakyat Malaysia dan Korea menjadi faktor kepada idea kerjasama ini. Masakan pedas menjadi titik persamaan antara makanan Korea dan Malaysia. Bagi Bruce Lim, Naib Presiden Barangan di 11 Street, idea ini membantu 11street untuk menjadi platform online bagi rakyat Malaysia untuk mencari makanan Korea yang pengguna mahukan dan juga memperkenalkan produk makanan halal Korea supaya pembeli beragama Islam berasa selesa untuk membeli-belah di 11street.
 
Tambah Echoes Matthew Lee, Pengarah Urusan Kumpulan KMT Trading Sdn Bhd, syarikat itu bersetuju untuk bekerjasama dengan 11street kerana ia merupakan sat platform terbaik untuk memperkenalkan makanan Korea kepada orang ramai selain dari terus membekalkan makanan Korea kepada rakyat Malaysia.
 
Penjualan barangan Korea di 11street telah meningkat sebanyak dua kali ganda sejak penubuhannya pada April 2015 dengan kumpulan umur dari 26 ke 35 telah menyumbang secara purata 40% daripada jumlah jualan makanan Korea pada 2016.
 
Antara lima produk yang sering dibeli ialah Pepero, batang biskut bersalut coklat, ramyun (mee segera), kimchi, sayur-sayuran Korea yang telah diperap, toppoki (kek beras lembut) dan milkis, minuman berkarbonat popular di Korea Selatan. Selain itu, susu pisang, serbuk lada merah dan minuman khasiat dari cuka turut menjadi barangan yang sering dibeli dari 11street.
 
Bermula dari 3 November berikutnya, beberapa produk Korea yang terpilih seperti pes kacang soya, kimchi, toppoki, tepung pancake, adunan untuk menggoreng dan garam akan dijual dengan harga diskaun sehingga 15% manakala Pepero pula akan dijual dengan harga diskaun sebanyak 30%, sempena hari Pepero.

 

The post Bila Makanan Korea Bertemu Malaysia Di 11street appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment