Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi. Sudah tiba masanya untuk merancang percutian bersama keluarga anda. Mungkin ada yang merancang untuk ke luar negara untuk bercuti di pulau terkenal dunia antaranya Maldives, Bali dan Phuket. Kenapa anda perlu bayar lebih hanya untuk bercuti di pulau. Di Malaysia terdapat banyak pulau yang menarik.
Jelita senaraikan lapan pulau yang menarik yang boleh anda kunjungi bersama anak-anak anda pada cuti sekolah ini.
Gambar: smugmug.com
Pulau Sipadan
Sekiranya keluarga anda gemarkan scuba diving, pastinya Pulau Sipadan menjadi pilihan. Pulau Sipadan mempunyai pelbagai jenis kehidupan marin dan salah satu aktiviti menarik di pulau ini ialah mencari phenomena alam yang dipanggil baracudda tornado. Keindahan Pulau Sipadan tiada tandingannya. Pulau ini sememangnya syurga kepada mereka yang cintakan alam marin. Pulau Sipadan juga sering kali menjadi penggambaran rancangan TV bertaraf dunia seperti Discovery Channels dan National Geographic.
Gambar: nellaterradisandokan
Pulau Kapalai
Terletak hanya beberapa minit dari Pulau Sipadan, Pulau Kapalai terkenal dengan resort terapung. Resort ini terletak di atas laguna pasir yang di kelilingi terumbu karang bahkan anda boleh melihat terumbu dari atas balkoni resort di waktu pagi. Air jernihnya yang membiru kehijauan pasti memberi para pengunjung satu penginapan yang sangan unik.
Gambar: smugmug.com
Pulau Redang
Salah satu pulau yang paling top di Semenanjung Malaysia. Keindahan Pulau Redang dari segi air, pantai, pasir dan hidupan marin memang cukup mempersonakan, Anda boleh terus terjun dari persisiran pantai untuk aktiviti snorkeling melihat terumbu karang dan juga hidupan marin yang lain. Sekiranya anda bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat penyu di dasar lautan. Pulau ini merupakan pulau yang sangat popular untuk bercuti bersama keluarga mahupun untuk berbulan madu.
Gambar: bp.blogspot.com
Pulau Tioman
Pulau Tioman tidak kurang hebatnya dengan pulau yang lainnya. Ia terkenal dengan aktiviti snorkeling dan scuba diving. Di pulau ini terdapat banyak port menyelam dan snorkeling yang menyeronokkan. Anda juga boleh memberi makan ikan hanya dari jari anda. Jangan lepaskan peluang untuk ke Pantai Juara di seberang Pulau Tioman. Pantai ini antara pantai tercantik di Malaysia.
Gambar: borneoecotours.com
Pulau Lankayan
Pulau ini mungkin tidak sepopular Pulau Sipadan, namun pulau ini menawarkan satu pakej percutian dan scuba diving yang paling menyeronokkan di Sabah. Nikmati pagi anda dengan pemandangan lautan biru luas kerana semua resort di pulau ini menghadap lautan. Pulau Lankayan juga selalunya menjadi kegemaran para penyelam untuk mencari Leopard Shark, Whale Shark dan Giant Grouper.
Gambar: bp.blogspot
Pulau Perhentian
Pulau ini antara pulau yang lebih terkenal di kalangan penyelam profesional untuk menyelam dan melihat hidupan marin serta terumbu karang. Malah, anda boleh berjumpa penyu-penyu di dasar laut ketika anda melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda ingin melakukan aktiviti menyelam ataupun snorkelling di perairan yang lebih dalam di Pulau Perhentian, waktu yang paling sesuai ialah di antara bulan Jun sehinggalah ke Okober. Bulan selai itu kebanyakkannya laut bergelora kerana musim tengkujuh terutamanya pada bulan November, Disember dan awal Januari.
Gambar: travelguide.easybook.com
Pulau Langkawi
Pulau Langkawi adalah pulau yang paling popular di Malaysia dan telah banyak merangkul anugerah travel dan tourism di peringkat antarabangsa. Selain itu, Langkawi juga dinobatkan antara 10 pulau tercantik di Asia di Trip Advisor 2015. Pulau ini mungkin lebih dikenali kerana kemudahan dan lokasinya serta banyak aktiviti di laut dan di darat yang boleh dilakukan sama ada untuk shopping, sukan air,scuba diving, jungle trekking, cable car dan sebagainya.
Gambar: adv.duiscdn.com
Pulau Mabul
Antara pulau popular untuk bulan madu. Perairan di Pulau Mabul tidaklah sedalam di Pulau Sipadan ataupun Lankayan, jadi bagi anda yang baru ingin mencuba aktiviti scuba diving, pulau ini antara pulau yang sesuai untuk anda. Pulau Mabul juga kaya dengan hidupan marin dan terumbu karang seperti pulau yang lain cuma yang membezakannya ialah air laut di pulau ini lebih cetek di antara 20-30 meter.
Gambar: bp.blogspot
Pulau Mataking
Pulau Mataking ini terletak kira-kira 45 minti dari Pulau Sipadan, Pulau ini juga mempunyai kawasan menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang dan juga yang paling menarik adalah anda berpeluang berjumpa dengan paus jerung.
The post 8 Pulau Menarik di Malaysia appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment