7 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Kuku Sempurna

02f13794

Gambar: INGimage


 
Kecantikan seorang wanita tidak hanya terletak di wajah sahaja malah ia merangkumi semua aspek termasuklah kuku dan setiap wanita impikan kuku yang cantik dan kemas terbentuk. Jelita senaraikan tujuh langkah mudah untuk merias kuku anda sendiri di rumah.
 
Gilap Kuku

Sebelum mengilap kuku, pastikan kuku anda benar-benar kering. Mengilap kuku yang basah boleh menyebabkan warna kuku anda tampak pudar.
 
Rendam Kuku

Sapukan krim tangan pada keseluruhan tangan anda kemudian rendamkan kuku anda dalam air suam bersabun selama lima minit. Langkah ini dapat membantu anda melembutkan cuticles kuku anda.
 
Kemaskan Cuticles Kuku

Dengan menggunakan batu kuku basah, tolak kembali cuticle kuku anda. Sekirnya anda mempunyai hangnail, trimkan kuku anda jika tidak jangan klip cuticles kuku anda kerana ia membantu melindungi kuku anda daripada jangkitan dan bakteria.
 
Oleskan Basecoat

Basecoat sangat penting untuk mendapatkan efek lebih elegan dan tahan lebih lama. Jadi sebelum anda oleskan warna kuteks pada kuku anda, oleskan basecoat pada kuku anda.
 
Sapukan Pewarna Kuku

Langkah seterusnya ialah dengan mengoles pewarna kuku pada kuku anda. Kemudian tunggu beberapa minit setelah anda selesai mewarna semua kuku anda. Oleskan pewarna kuku sebanyak tiga kali kemudian sapukan pewarna kuku di penghujung kuku untuk mengelakkan kuku anda tampak cacat.
 
Oleskan Top Coat

Langkah terakhir ialah dengan mengoleskan top coat pada kuku anda yang sudah dioleskan dengan pewarna kuku. Langkah ini akan membantu untuk mendapatkan efek kuku yang lebih berkilat.
 
Bersihkan Comotan

Bersihkan comotan pewarna kuku yang berada di hujung kuku anda dengan putik kapas. Pastikan putik kapas itu sudah dicelup dengan polish remover.
 
Sumber: GLAM

The post 7 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Kuku Sempurna appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment