Selain lokasi yang indah dan menakjubkan terdapat juga lokasi-lokasi yang menyeramkan di dunia ini. Lokasi-lokasi yang menyeramkan ini selalunya tempat yang sudah terbiar namun begitu tarikan lokasi yang menyeramkan ini telah dijadikan sebagai tempat pelancongan atau hiburan bagi sesetengah pihak. Persoalannya, adakah anda berani untuk berhibur di sana?
Jelita senaraikan lima lokasi yang menyeramkan di dunia yang mungkin akan membuat bulu roma anda meremang.
Gambar: bp.blogspot.com
Pulau Boneka, Mexico
Pulau ini terletak di selatan Mexico. Anehnya pulau ini ialah ia dipenuhi dengan boneka yang tergantung di pohon di sekeliling pulau ini. Kisah misteri pulau ini bermula apabila seorang lelaki bernama Don Julian Santana yang meninggalkan isteri dan anaknya untuk menghabiskan sisa hidupnya di pulau itu sendirian. Ketika tinggal di pulau itu, Don melihat mayat seorang gadis yang mati lemas di sungai. Don mula merasa aneh dan dia mula menghiasi pulau itu dengan boneka yang di dapati melalui pertukaran barang dengan buah dan sayur hasi berkebun. Don yakin boneka itu dapat menjadi pelindungnya. Selama 50 tahun tinggal di sana, anak saudara menemukan Don mati lemas di tempat yang sama Don menjumpai mayat gadis yang mati lemas 5o tahun yang lalu.
Gambar: bp.blogspot.com
Hutan Aokigahara, Jepun
Apa yang menakutkan tentang hutan ini bukanlah kawasannya yang sunyi dan gelap tetapi yang menakutkan pasal hutan ini ialah kes bunuh diri yang berlaku di hutan ini. Pada tahun 2004, sebanyak 108 mayat ditemukan di dalam hutan ini. Pada tahun 2010, sebanyak 247 orang cuba untuk membunuh diri namun hanya 54 sahaja yang terkorban. Sebelum memasuki hutan ini, anda akan menjumpai papan tanda dari pihak berkuasa Jepun yang menyuruh rakyatnya mempertimbangkan tindakan mereka. Setiap tahun polis dan sukarelawan akan melakukan pencarian di dalam hutan itu dan setiap tahun mereka pasti akan menemukan mayat di dalam hutan itu.
Gambar: bp.blogspot.com
Pantai Changi, Singapura
Pantai ini terkenal dengan peristiwa yang menyeramkan seperti kepala terbang, tubuh tanpa kepala berjalan di pantai dan jeritan serta tangisan tentera yang meminta tolong. Bagi anda berani dan suka dengan tempat-tempat misteri, anda wajib menjadikan pantai Cahngi sebagai tempat percutian anda.
Gambar: express.co.uk
Bethnal Green Underground, London, England
Ketika Perang Dunia ke II berlaku, terdapat ratusan orang mati di bawah runtuhan di stesen kereta api bawah tanah yang terletak di London, England ini. Sejak tragedi berdarah itu, sering kali akan terdengar suara tangisan perempuan dan kanak-kanak sehinggalah ke hari ini.
Gambar: reducedlistening.co.uk
Willard Asylum, New York
Bekas rumah sakit jiwa ini terletak di New York dan pernah menempatkan lebih dari 4,000 pesakit. Semenjak rumah sakit jiwa ini dibina, Willard Asylum telah menyaksikan lebih kurang 50,000 kematian. Sehingga sekarang masih belum jelas mengapa rumah sakit jiwa ini di tutup.
The post 5 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment