5 Senaman Mudah Untuk Kecilkan Peha

ing_37571_03127

Gambar: INGimage


 
Sesetengah wanita memiliki bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Bagi wanita yang memiliki masalah ini, pasti sedang tercari-cari cara yang sesuai untuk mengecilkan peha anda. Jangan risau, Jelita akan membantu anda dengan menyenaraikan lima senaman mudah untuk anda kecilkan peha anda.
 
Squatting

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula, ia mungkin tampak susah tapi jikalau anda kerap melakukannya, anda mesti akan rasa sudah biasa.
 
Apa yang perlu anda lakukan ialah berdiri tegak sambil bersandar pada dinding. Rehatkan tangan anda pada dinding dan perlahan-lahan turunkan badan anda sehingga anda berada dalam posisi seolah-olah sedang duduk. Matlamat senaman ini ialah cuba untuk bertahan dalam posisi ‘duduk’ selama mana yang anda mampu. Tegakkan badan anda dan cuba capai 10 saat pada percubaan pertama dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
 
Pegerakan Menggunting

Latihan ini ditumpukan pada bahagian peha sebelah dalam. Caranya senang. Baring di atas lantas dengan kedua-dua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan disilangkan di atas kaki kiri. Kemudian, tukar posisi kaki anda. Ulang langkah ini 12-15 kali untuk setiap kaki. Anda akan dapat merasakan tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
 
Pusingan Bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan berbantalkan lengan anda dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki anda tanpa menggerakkan pinggul. Buat pusingan 5 kali untuk setiap kaki. Lakukan 10 set kalau boleh.
 
Pakai Kasut Tumit Tinggi

Inilah masanya untuk anda mengenakan kasut tumit tinggi. Ini kerana memakai kasut tumit tinggi juga dikira sebagai satu senaman yang boleh membentuk otot betis dan peha anda. Namun, anda perlu sering beringat untuk tidak menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi dua inci kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada kaki dan postur anda.
 
Melompat di atas Trampoline

Aktiviti ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, membakar lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan juga membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama-sama dengan keluarga anda di hujung minggu ini.

The post 5 Senaman Mudah Untuk Kecilkan Peha appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment