5 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Menukar Kerjaya

Menukar kerja memang mendebarkan terutama bagi yang sudah selesa dengan kerja sedia ada. Bagi yang mengejar gaji besar pasti mereka teruja untuk menukar kerja baru. Tetapi bagi yang sudah berusia, ini satu keputrusan yang besar dalam hidup mereka. 

03a38301

Lima perkara yang perlu anda persiapkan sebelum membuat sebarang pertukaran kerjaya:

1) “Siapa diriku sebenarnya?”

Soalan ini  penting kerana ia merungkai karektor  dan  kecenderungan diri individu. Pilihan kerjaya atau perniagaan yang menepati karektor dan kecenderungan  menjanjikan kepuasan total berbanding pilihan yang dibuat atas dasar lain.

Bagaimanakah mengenali diri?

  1. Senaraikan kelebihan dan kelemahan yang serta apa yang membuatkan anda ingin menukar kerjaya sedia ada.
  2. Selesai senaraikan semua, buat penilaian terhadap apa yang

Sekiranya penilaian menjurus kepada anda peramah dan suka berkomunikasi dengan orang ramai tetapi kerjaya  sekarang hanya melibatkan kerja “paperwork,”  jadi anda tahu kerjaya seterusnya haruslah yang membolehkan anda mengembangkan kebolehan berkomunikasi tadi. Ringkasnya,  ambil masa kenali diri terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan.

 2) Penyebab atau alasan?

Saya pernah tanyakan ini sebelum menubuhkan MYRYL. Ketika itu pelbagai alasan yang saya hujahkan (maklumlah peguam) bagi meyakinkan diri bahawa sudah terlambat untuk saya memulakan kerjaya baru.  Antaranya: komitmen tinggi dan banyak, bagaimana mahu mulakan kerjaya baru sedangkan sudah bertahun menjadi peguam, keluarga akan menghalang dan lain-lain.

Tetapi saya sedar selepas itu bahawa itu semua hanyalah perkara berbangkit yang saya sendiri wujudkan dalam minda kerana sebenarnya saya takut. Takut untuk mengorak langkah ke arah sesuatu yang baru yang tidak pernah saya jejaki. Saya takut dipandang rendah rakan seangkatan kerana majoriti mereka sudah berpangkat tinggi sedangkan saya baru nak menapak semula. Saya takut akan kegagalan.

 3) Pelan Terperinci

Apabila sudah mengenalpasti kerjaya atau bisnes yang diingini, ingin saya tekankan di sini betapa pentingnya untuk memiliki pelan terperinci bagi mencatat perjalanan anda daripada titik permulaan sehinggalah ke penghujung.

Antara yang perlu anda pertimbangkan:

# Anda perlu jelas dan nyatakan pada diri anda apakah hasil yang dimahukan daripada kerjaya baru ini.

# Anda perlu kenal pasti siapa yang dapat membantu anda mencapai matlamat ini, bila dan di mana anda dapat merealisasikannya dan cara hendak merealisasikannya.

# Apakah peluang dan halangan yang anda lihat dalam mengejar kerjaya baru atau menjalankan bisnes tersebut?

# Apakah sumber yang diperlukan untuk mencapai hasil impian kerjaya atau bisnes anda itu?

 4) Kekal Dengan Kerjaya Sekarang

Ramai yang pernah datang kepada saya menyuarakan ketidak puasan kerja yang dilakukan dan ingin terus berhenti bagi memulakan bisnes secara dalam talian atau tidak.

Namun, saranan saya, teruskan kerjaya yang dilakukan untuk suatu jangkamasa. Ini kerana dalam apa jua bisnes, perlukan masa untuk ianya berupaya menjana pendapatan sendiri, apatah lagi anda perlukan modal untuk mulakan perniagaan. Gunakan gaji daripada kerjaya tetap anda sebagai pelaburan kepada bisnes, jadi tidaklah anda rungsing mengenai cara melunaskan sebarang komitmen hutang sedia ada.

 5) Percaya Pada Diri

Jangan ambil mudah, walaupun anda seorang berkeyakinan tinggi. Selain cabaran pertukaran kerjaya, tidak kurang juga ramai yang akan meragui kemampuan anda terutamanya dalam bisnes dan akan ada yang memperlekehkan kewibawaan anda. Kerana itulah anda perlu percaya diri sendiri sepenuhnya dan yakin bahawa apa jua impian anda, ianya tidak mustahil. Jadikan segala keraguan dan kata-kata negatif yang dilemparkan ke arah anda sebagai suatu motivasi.

The post 5 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Menukar Kerjaya appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment