5 Kesilapan Ibu Bapa Lakukan Terhadap Anak

Membesarkan anak bukan mudah dan ini menyebabkan setiap ibu bapa sanggup lakukan apa sahaja dalam memastikan si anak menjadi yang terbaik. Namun, dalam usaha mendidik dan mengasuh mereka, ramai ibu bapa tidak  sedar tindakan atau cara yang mereka lakukan itu ada di antaranya tidak sesuai dengan si anak hingga mendatangkan kesan negatif terhadapnya. Cuba belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak. Barulah anak dapat menjadi seperti yang anda inginkan.

people, misbehavior, family and relations concept - close up of upset or feeling guilty boy and parents at home

Berikut antara kesilapan yang sering mereka lakukan:

Memekik dan menempik

Perbuatan ini tidak membawa sebarang faedah malahg menakutkan si anak. cara ini membuatkan si anak menjadi fobia dengan anda. Dia mengikut arahan atau kata0kata and abukan kerana menghormati tetapi kerana takutkan anda. Sebagai ibu bapa, tegur dan didik anak dengan percakapan yang lembut. Nasihatinya dengan penuh kasing sayang. Barulah dia akan memahami setiap kata-kata anda.

Penjelasan yang keterlaluan

Harus diingat, anak anda masih kecil dan dia sukar memahami penjelasan atau teguran yang melampau. Jika dia lakukan kesilapan, tegur dan beri penjelasan yang ringkas supaya dia mudah memahami apa yang ingin anda sampaikan. Berleter bukan satu tindakan yang bijak kerana ini akan menjadi sia-sia kerana si anak langsung tidak boleh menerimanya.

Habuan atau rasuah

Ini kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa. Hanya kerana ingin si anak mengikut kata, ibu bapa sanggup menjanjikan pelbagai ganjaran untuknya. Apabila dia melakukan kesilapan, betulkannya secara tegas bukan menjanjikannya dengan sebarang ganjaran. Ganjaran lebih sesuai diberikan jika dia melakukan sesuatu yang baik dan berhak mendapat pujian.

Lupakan kasih sayang

Ini kunci paling utama dalam mendidik dan membesarkan anak. Jangan biarkan kemarahan anda kepada si anak berlanjutan. Ini sangat memberi kesan kepada emosinya. Selepas menegur si anak, biarkan dia seketika. Kemudian anda harus memujuknya kembali dengan menasihati dan memberi alasan atas teguran yang anda berikan. Cara ini lebih berkesan untuk mendidik anak kerana mereka mahukan sebab dan alasan atas setiap tindakan yang ibu bapa lakukan.

Mengungkit perkara lalu

Jangan sesekali mengimbau kembali kesalahannya yang lepas. Ini menunjukkan anda belum memaafkan si anak atas kesalahannya dahulu.

The post 5 Kesilapan Ibu Bapa Lakukan Terhadap Anak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment