5 Jenis beg tangan yang anda perlu ada

Wanita dan beg tangan memang tidak boleh dipisahkan! Kalau lihat pusat membeli belah, pelbagai jenis beg dan tas tangan dijual. Kalau sebut sahaja beg bimbit, berderet kedai yang menayangkan koleksi masing-masing. Namun, adakah anda pasti koleksi beg anda cukup sesuai untuk dipakai mengikut kesesuaian acara? Jom lihat lima jenis beg tangan yang wajib anda ada!

 

1. Shoulder Bag 

 

Image result for shoulder bags

Jelita yakin hampir 90% dari anda mempunyai beg jenis ini. Selain isiannya yang tidak terlalu besar, beg jenis ini boleh digayakan dalam apa juga acara. Samada ke majlis harijadi mahupun dijadikan sebagai beg harian, Shoulder Bag ini dianggap item penyelamat sekiranya anda buntu dalam memilih jenis beg yang anda mahukan

 

2. Tote Bag

Image result for tote bags

Beg jenis ini bersifat bebas. Kebiasaanya, Tote Bag digayakan dalam acara-acara santai seperti membeli belah di hujung minggu ataupun bersantai bersama rakan. Ada juga wanita yang gemar menggayakan beg ini untuk ke tempat kerja. Ruangnya lebih besar dan sangat praktikal memudahkan anda meletakkan apa juga barangan di dalamnya.

 

3. Tas tangan (Clutch)

Image result for clutch bag

Item ini harus anda dalam gerobok aksesori anda! Tas tangan mempunyai unsur yang berbeza. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis koktel atau apa juga acara yang lebih formal, tas tangan dan sebuah dress anggun adalah padanan yang cukup sempurna!

 

4. Sling Bag (Beg silang)

Image result for sling bag

Item kegemaran Jelita! Beg seperti ini mempunyai dua cara penggayaanya. Sama ada menggunakan tali panjang ataupun tidak, ia bergantung kepada cara anda menggayakannya. Sudah tentu acara santai paling sesuai untuk aksesori jenis ini.

 

The post 5 Jenis beg tangan yang anda perlu ada appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment