Gambar: INGimage
Gunakan masa terluang anda untuk selongkar denim lama yang masih boleh dipakai dan berikan ia nafas baru. Jelita kongsikan lima cara mudah untuk anda menjaga denim anda.
- Elakkan denim berbau dengan menggantungkan denim dalam bilik air sebelum anda mandi. Wap dari air panas akan menjadikan denim berbau segar. Atau anda boleh cuba memasukkan denim ke dalam beg plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya untuk dua hari.
-
- Terbalikkan jeans semasa basuh dengan air sejuk. Cara ini adalah untuk mengelakkan warna denim anda luntur. Jika anda inginkan warna denim yang lusuh, basuh dengan air panas
-
- Untuk mengekalkan warna gelap pada denim, tambhakna 1/2 cawan air dengan cuka putih pada basuhan terakhir.
-
- Sekiranya anda tidak punyai masa untuk mencuba denim anda sewaktu anda membeli, anda boleh cuba cekak pinggang denim pada leher. Jika diameter muat cantik pada leher, bermakna ia sesuai untuk pinggang anda.
-
- Denim anda perlu bernafas juga. Jadi jangan lipat terlalu rapat dengan seluar lain atau gantung pada kawasan yang semak dengan seluar yang lain.
Sumber: Cosmopolitan
The post 5 Cara Mudah Menjaga Denim appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment