5 Cara Didik Anak Ringan Tulang

Mengajar atau meminta tolong anak membantu anda membuat kerja rumah bukan penderaan sebaliknya ia adalah salah satu cara untuk mengajar dia bertanggungjawab dan berdisiplin. Sebagai ibu, jangan rasa bersalah untuk meminta anak menolong anda kerana ini akan membuatkan dia rasa lebih dihargai dan tahu nilai sesuatu kerja atau tugasan. Pastikan kerja yang diberikan bukanlah sesuatu yang membebankan dan sesuai dengan usianya.

03b78561

Ini tip yang boleh anda gunakan bagi mendidik anak untuk membantu tanpa rasa terpaksa:

Arahan yang jelas

Jelaskan dengan terperinci apa yang anda ingin si anak lakukan. Harus diingat, si anak masih kecil dan dia sukar memahami arahan yang anda berikan. Selain menyuruhnya mengemas bilik, anda boleh meminta dia mengutip barang yang bersepah masukkan ke dalam bakul dan simpan di tempat yang sepatutnya.

Kerja sambil bermain

Ini cara paling berkesan untuk menggalakkan anak membuat kerja rumah tanpa dia rasa tertekan atau terbeban. Cuba jadikan tugasan itu sebuah permainan yang menyeronokkan. Contoh; jika mahu anak mengemas mainannya, jadikan ia satu perlumbaan. Jika dia dapat mengemas dalam masa yang cukup pantas, anda akan memberinya hadiah. Pasti si anak suka.

Senarai kerja

Cara ini berkesan untuk anak yang sudah pandai membaca. Anda boleh buat senarai kerja yang dia perlu lakukan dan masukkan sekali masa untuknya bermain. Hasilkan sebuah jadual yang menarik dan anda boleh susun senarai kerja ini mengikut hari. Pastikan dia melakukan tugasan berbeza setiap hari dan jangan halang dia untuk bermain. Ini akan membuatkan dia lebih gembira serta tidak cepat bosan.

Jangan ganggu kerjanya

Jangan sesekali perbetulkan kerja yang dilakukan si anak. Anda mahu dia belajar. Jadi, biarkan dia melakukan sesuatu tugasan sehingga siap. Biarpun kurang kemas, anda tidak digalakkan untuk perbetulkannya tetapi, minta dia untuk cuba rapikan sebaik mungkin. Cara ini menggalakkan anak untuk terus mencuba yang terbaik.

Hargai si anak

Apabila anak siap melakukan tugasan yang diberi, tunjukkan tanda penghargaan anda. Ucap terima kasih dan berikan senyuman. Kata kepadanya anda cukup menghargai pertolongannya. Barulah dia rasa bangga dan berbesar hati untuk menolong lagi. Sebagai ibu, anda harus menyokong setiap perkara yang dilakukan si anak.

 

 

 

The post 5 Cara Didik Anak Ringan Tulang appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment