10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Daya Ingatan

Gambar: INGimage
 
Memiliki daya ingatan yang kuat merupakan satu kelebihan kepada seseorang. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan daya ingatan. Salah satunya ialah melalui pemakanan yang betul. Jelita senaraikan 10 makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan anda.
 
02e88390
 
Salmon

Ikan salmon merupakan sumber terbaik untuk Omega-3- DHA dan EPA. Ia merupakan sumber penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian juga menunjukkan orang yang mengambil asid lemak mempunyai daya ingatan yang lebih tajam. Menurut pakar pemakanan, walaupun ikan tuna mempunyai Omega-3 namun salmon mengandungi lebih banyak Omega-3.
 
02e95920
 
Telur

Telur mengandungi sumber protein penting dan bahagian kuning telur juga mengandungi kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingatan.
 
iss_4422_04226
 
Mentega Kacang

Kacang tanah dan mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini merupakan antioksidan yang dapat melindungi membran sel-sel saraf. Jika diambil bersama Thiamin, Vitamin E dapat membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk keperluan tenaga.
 
iss_4644_03778
 
Gandum Penuh

Otak anda memerlukan penyediaan glukosa dari tubuh secara berterusan. Gandum tulen mempunyai keupayaan untuk menyokong keperluan tersebut. Serat yang terkandung dalam gandum penuh dapat membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Gandum juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memelihara kesihatan sistem saraf.
 
ing_42097_01457
 
Oat

Oat kaya dengan nutrisi penting bagi otak. Oat dapat meneydiakan tenaga atau bahan bakar untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengawal aktivitinya pada pagi hari. Oat juga kaya dengan kandungan serat dan membantu menjaga keperluan itak anak anda sepangjang pagi. Oat juga mengandungi sumber penting seperti vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membantu membuatkan tubuh dan otak berfungsi pada kapasiti penuh.
 
02e97729
 
Beri

Buah beri mengandungi kadar tinggi antioksidan khususnya vitamin C yang membantu untuk mencegah kanser. Semakin kuat warna buah beri itu, semakin banyak nutrisi yang terkandung dalam buah tersebut. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan estrak blueberi dan strawberi dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Biji dari buah beri juga kaya dengan asid lemak Omega-3.
 
ing_36820_00713
 
Kekacang

Kacang adalah makanan yang istimewa kerana makanan ini mengandungi tenaga yang berasal dari protein serta karbohidrat. Selain itu, kacang juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kacang juga makanan yang baik untuk otak kerana ia dapat mempertahankan energi dan kemampuan berfikir anak-anak pada petang hari jika dimakan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan, kacang merah dan kacang pinto mengadungi lebih banyak omega 3 khusunya ALA jenis omega 3 yang penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak.
 
ing_18986_00257
 
Sayuran

Tomato, kentang merah, labu, karot, bayam adalah sayuran yang kaya nutrisi dan sumber antioksidan yang membantu menguatkan sel-sel otak untuk lebih kuat dan sihat.
 
iss_2419_01478
 
Susu dan yogurt

Produk susu mengandungi protein dan vitamin B yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Susu juga boleh mengenyangkan perut kerana kandungan protein dan karbohidrat sekali gus menjadi sumber tenaga buat otak anda.
 
iss_2252_03290
 
Daging lembu tanpa lemak

Zat besi dalah sejenis mineral keperluan yang membantu anak-anak anda tetap bertenaga dan fokus di sekolah. Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi banyak zat besi. Dengan hanya mengambil 28g daging sehari, tubuh anda akan menyerap zat besi yang diperlukan. Daging sapi juga mengandungi zat besi yang dapat membantu memelihara daya ingatan.

The post 10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Daya Ingatan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment