Yakin & Ceria Dengan Sebatang Gincu Terang

Gincu warna ‘pop’ akan menyinari hari anda. Tidak bersolek sempurna namun wajah akan menyerlah hanya dengan sebatang gincu terang.

 

cristina-suzanne-poster

 

Apa yang kita pilih untuk dipakai pada tubuh, apa yang kita oles pada muka ada kena mengena dengan mood harian. Ia juga boleh jadi penjana keyakinan juga kegembiraan.

 

Dan dalam orang lain gilakan gincu rona nude, coklat gelap dan merah beri, rasanya elok juga kita lari dari trend semasa dengan mencalit bibir dengan gincu rona terang seperti fuchsia, jingga mahupun ungu.

 

Tip Aplikasi

  • Warna gincu akan lebih menyerlah jika tekstur bibir lembap dan sihat. Seeloknya lembapkan bibir dengan salap bibir (lip balm) dan biarkan seminit dua. Tepuk lembut bibir dengan salap bibir agar ia mesra pada bibir.
  • Untuk warna gincu tahan lama, boleh juga calitkan pensel bibir pada keseluruhan bibir. Pilih warna satu ton lebih terang atau satu ton lebih gelap.
  • Sapukan gincu pada bibir. Seeloknya gunakan berus bibir untuk calitan yang lebih kemas.
  • Ambil tisu (selapis sahaja), tekapkan pada bibir dan layangkan sedikit bedak tabur bebas warna (translucent). Helah ini dibuat untuk mencipta kemasan gincu pusam.
  • Kemudianm calit gincu menggunakan jari (gincu yang sama) dan sapukannya pada bibir. Dengan cara ini, warna gincu akan lebih tahan.
  • Sapukan glos bibir jernih jika mahu efek kilat.

 

Gincu Pilihan EH!

 

Clinique Pop Matte – Mod Pop

 

clinique-pop-matte-mod-pop

 

Urban Decay Vice Lipstick – Pandemonium

 

urban-decay-vice-lipstick-pandemonium

 

 

Nars Semi Matte Lipstick- Schiap

 

nars-schiap

 

 

 

 

The post Yakin & Ceria Dengan Sebatang Gincu Terang appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment