Tip Rancang Percutian Mengikut Bajet Anda

03c06548

Gambar: INGimage


 
Keinginan untuk bercuti terhalang kerana bajet yang tidak mencukupi. Pelbagai kos yang perlu difikirkan seperti kos penempatan, kos pengangkutan, kos makanan dan pelbagai lagi dan ia merupakan sebab kenapa anda sering menunda percutian anda. Jangan khuatir, Jelita kongsikan tujuh tip untuk merancan percutian mengikut bajet anda.
 
Bawa bekalan makanan

Membawa bekalan makanan dari rumah merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kos belanja semasa bercuti. Bekalkan makanan ringan yang boelh dimakan sewaktu dalam perjalanan. Ia sangat membantu untuk mengurangkan belanja.
 
Selidik restoran yang menawarkan promosi

Pastikan anda selidik terlebih dahulu restoran yang menawarkan promosi kerana ini akan membantu mengurangkan lagi belanja makan anda sewaktu anda sedang bercuti. Contoh, pilih restoran yang ada menyediakan set makan tengah hari berserta air atau promosi makanan percuma buat kanak-kanak dan pelbagai lagi promosi makanan yang disediakan pihak restoran.
 
Penempatan Homestay

Berbeza dari hotel atau res0rt, homestay kebiasaannya akan menawarkan harga yang lebih murah. Homestay juga dilengkapi dengan peralatan memasak dan sebagainya. Secara tidak langsung ia akan memudahkan anda untuk menyediakan makanan sewaktu sedang bercuti.
 
Perancangan Waktu

Pemilihan waktu yang sesuai untuk bercuti juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan belanja. Masa yang paling sesuai ialah sewaktu orang kurang untuk pergi bercuti kerana waktu itu kadar harga akan lebih murah.
 
Pilih Destinasi Kurang Popular

Destinasi yang kurang popular biasanya akan menawarkan pakej harga yang lebih murah berbanding destinasi  yang memang popular. Walaupun destinasi itu kurang popular tak bermakna ia bukanlah destinasi percutian yang hebat.
 
Menggunakan kelebihan keahlian

Ada sesetengah hotel dan syarikat penerbangan yang menawarkan points pada ahlinya. Hanya dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan sebagainya. Jadi anda boleh gunakannya sewaktu percutian anda.
 
Rancang aktiviti yang kurang belanja

Banyak pihak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak. Jadi sebelum anda menempah, dapatkan info tentang aktiviti yang ditawarkan. Lagi banyak aktiviti percuma ditawarkan, lebih banyak anda dapat berjimat.

The post Tip Rancang Percutian Mengikut Bajet Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment