Tip Putihkan Bawah Lengan Secara Semula Jadi

Hygiene skin care concept. Closeup woman shaving armpit with razor in bathroom

Gambar: INGimage


 
Bawah lengan yang gelap menjadi punca anda malu ingin berfesyen? Bawah lengan gelap berpunca dari kaedah bercukur yang tidak betul dan juga pisau cukur yang tidak bersih. Jelita kongsikan beberapa cara mudah untuk memutihkan kulit bawah lengan secara semula jadi.
 
Yogurt dan Susu

Mengandungi laktik asid yang berfungsi sebagai ejen pemutih. Campurkan 2 sudu yogurt dengan 3 sudu susu dan sapukan pada kulit bawah lengan sebelum mandi. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam. Bersihkan dengan air suam.
 
Betik dan Madu

Buah betik yang mengandungi akrobat asid yang mempercepatkan pengelupasan sel kulit mati dan madu pula mengandungi vitamin C dan polyphenols yang membantu mencerahkan kulit bawah lengan. Blender 1/4 betik dan campurkan dengan 2 sudu madu. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air.
 
Lemon dan Serbuk Penaik

Lemon mengandungi vitamin C manakala serbuk penaik mengandungi kalsium yang boleh hapuskan sel kulit mati dan naturalize asid lemon yang boleh menyebabkan iritasi. Perah jus lemon dan campuran satu sudu teh serbuk penaik. Sapu dan biarkan selama 15 minit. Gosok sehingga kotoran keluar. Basuh dengan air.
 
Timun dan Serbuk Kunyit

Antara kebaikan timun ialah melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan kulit. Untuk hasil yang lebih berkesan, campurkan puri timun degnan campuran timur yang ditapis dengan serbuk kunyit. Sapukan di bawah lengan dan biarkan selama12-17 minit. Basuh dengan air. Lakukan 2-3 kali seminggu.
 
Ubat gigi

Picitkan ubat gigi bersaiz kacang soya di jari dan sapukan di bawah lengan. Basuh dengan air. Jangan teruskan sekiranya kulit anda mula merah. Kulit anda mungkin sensitif.
 
Sumber: EH!

The post Tip Putihkan Bawah Lengan Secara Semula Jadi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment