Baju-T putih sudah menjadi item fesyen penting dan juga antara item perlu ada dalam almari pakaian anda. Mungkin ia tampak ringkas namun helaian versatil ini punya banyak cara untuk menggayakannya.
1. Untuk gaya formal yang lebih chic, padankan baju-t anda dengan sut atau blazer. Gaya ini cukup sesuai untuk ke pejabat.
Gambar: pinimg.com
2. Tambahkan aksesori untuk berikan kelainan pada penampilan baju-t putih anda. Mungkin anda boleh menambah rantai statement dan dipadankan dengan baju-t putih. Pastinya ramai yang akan lebih menumpukan perhatian pada aksesori anda dari pakaian anda.
Gambar: onesmallblonde.com
3. Gaya paling klasik ialah padanan baju-t dengan busana denim. Untuk tampil dengan gaya yang lebih santai, lengkapkan gaya anda dengan kasut sneakers.
Gambar: romwe.com
4. Baju-T putih anda juga boleh digayakan dengan celana denim putih serta blazer. Dengan padanan kasut dan beg yang bersesuaian, anda boleh tampil dengan gaya smart kasual ke pejabat.
Gambar: popsugar.com
5. Gayakan kot bersaiz besar dan sneakers platform dengan baju-t putih untuk gaya santai sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara. Selain itu, ia juga mengurangkan pakaian yang perlu dibawa ketika ke luar negara.
Gambar: missguided.co.uk
6. Anda juga boleh gunakan baju-t putih anda sebagai helaian dalam dan padankan dengan dress labuh ringkas untuk gaya yang lebih feminin
Gambar: missguided.co.uk
The post Tip Gayakan Baju-T Putih appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment