Saya Tiada Sebarang Masalah Dengan Dia-Amyra Rosli

amyra-rosli

Gambar: Instagram @aamyrarosli


 
Lanjutan dari kisah Izreen Azminda yang mendakwa Amyra Rosli cuba untuk mengelak daripadanya setiap kali terserempak dalam mana-mana majlis atau acara, Amyra Rosli menyatakan bahawa dia tiada sebarang masalah dengan pelakon itu.
 
Apabila ditanyakan mengenai perkara itu, Amyra menjawab, “Saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa dan saya juga tidak ada apa yang hendak dibualkan dengan dirinya.”
 
Bagaimanapun, Amyra enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan terbabit dan lebih suka mengambil sikap berdiam diri kerana gusar apa yang akan diperkatakan boleh menjejaskan karya seninya.
 
Isu ini timbul selepas Izreen baru-baru ini memberitahu media mengenai sikap Amyra yang kononnya dilihat cuba untuk mengelak dari bertemu dengannya setiap kali bertembung.
 
Mungkin situasi itu berlaku disebabkan status Amyra yang kini sudah menjadi tunangan kepada Amar Baharin. Amar sebelum ini pernah dikaitkan dengan Izreen Azminda.
 
Amyra yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Isteri Tuan Ihsan ketika ini hanya mahu fokus pada persiapan perkahwinannya pada 12 November nanti.
 
Ditanya mengenai sesi fotografi pra perkahwinan mereka, Amyra berkata, asalnya penggambaran itu dirancang untuk diadakan di studio dengan konsep Korea. Bagaimanapun memandangkan dia sedang sibuk dengan penggambaran drama di London, jadi mereka mengambil kesempatan untuk melakukan penggambaran di sana.
 
Amyra akan ke Dubai dan Portugal pula untuk menjalani penggambaran drama terbabit pada 29 November depan.

The post Saya Tiada Sebarang Masalah Dengan Dia-Amyra Rosli appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment