Gambar: Instagram Remy Ishak
Sekitar bulan September lepas, rumah pelakon Remy Ishak telah diserbu pihak polis selepas menerima aduan dadah palsu.
Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa terdapat dadah di rumah Remy.
Susulan itu, Remy membuat lapan laporan polis namun sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada pihak terbabit terhadap laporan palsu yang dibuat ke atasnya.
Jelas Remy lagi, dia sebenarnya kesal dengan apa yang sudah berlaku meskipun dia sudah melakukan perkara sepatutnya mengikut saluran undang-undang.
Bahkan sebelum ini, Remy juga turut menerima ugutan bunuh daripada seorang wanita VVIP kerana menolak ajakan wanita itu untuk bertemu dengannya. Kes itu telah diserahkan kepada peguam yang dilantik oleh Remy dan kes itu kini sudah berada di peringkat akhir.
Remy turut mengakui kes berkenaan memberikan kesan terhadap kerjayanya kerana dia merupakan seorang selebriti dan sudah dikenali ramai, sudah tentu apa sahaja yang dikatakan kepadanya membentuk persepsi masyarakat.
The post Remy Ishak Buat Lapan Laporan Polis appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment