Mia Ahmad Bakal Berkahwin Dengan Penjaga Gol JDT, Izham Tarmizi

mia-ahmad

Gambar: Instagram Mia Ahmad


 
Pelakon, Mia Ahmad akhirnya mengakui penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25, ialah cinta hatinya dan sudah bersedia untuk berumah tangga.
 
Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, buat masa ini kedua-dua pihak masih belum menetapkan tarikh bagi tujuan berkenaan.
 
tarmizi

Gambar: Instagram Tarmizi


 
Dalam satu temubual dengan akbar online tempatan, Mia menyatakan dia selesa bersama Izham selepas setahun berkenalan dengan jejaka itu dan Mia juga turut menyatakan mereka akan mendirikan rumah tangga namun bukan dalam masa yang terdekat memandangkan jadual Izham yang agak padat.
 
Mia juga turut berkata hubungan mereka berdua mendapat restu daripada keluargar kedua-dua belah pihak.
 
Mia yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan ini dikatikan dengan penjaga gol JDT itu selepas gambar sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Izham di sebuah kafe tersebar di sosial media.

The post Mia Ahmad Bakal Berkahwin Dengan Penjaga Gol JDT, Izham Tarmizi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment