Lokasi Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Bulu Roma Meremang Automatik

Kalau anda rasa tapak lokasi runtuhan Highland Towers itu sudah agak seram, hakikatnya ada banyak lagi lokasi yang paling menakutkan di dunia. Ada berani?

 

Old Changi Hospital, Singapura

 

docu360-preview-oldchangihospital

 

Hospital tinggal ini mula beroperasi pada tahun 1930. Kemudiannya ia telah dirampas sewaktu penjajahan Jepun ketika Perang Dunia Ke-2 dan ditukar menjadi sebuah penjara dan pusat penderaan untuk Japanese Secret Police. Penduduk di situ kerap ternampak penampakan seperti lelaki dan perempuan berlegar-legaran di dewan serbaguna, di bilik-bilik, penampakan kanak-kanak dan paling mengerikan penampakan tentera Jepun yang berlumuran darah.

 

Perkuburan Highgate, London, England

 

egyptianavenue_highgatecemetary

 

west-highgate-cemetery-catacombs-2

 

Tapak perkuburan ini mula beroperasi pada tahun 1839. Ia adalah kawasan yang mana terbaringnya lebih 170,000 orang dan dikatakan menjadi satu kawasan yang dilaporkan banyak berlaku insiden-insiden mistik dan supernatural. Bahkan, penduduk sekitar juga pernah terlihat kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi memakai kot labuh berona hitam dan topi dengan pandangan yang sangat menakutkan, dipercayai adalah vampire. Ada juga yang mengatakan pernah terlihat figura hitam gelap dengan mata merah menyala, dan penampakan wanita tua berlari-larian di sekitar kubur seakan mencari anak-anak yang dia bunuh.

 

Aokigahara, Gunung Fuji, Jepun

 

aokigahara-suicide-forest-1413460703427

 

96ccd7d15fa0a50626523b053405cc20

 

aokigahara-forest-1-720x547

 

Sejak berabad lamanya, Aokigahara masih digelar sebagai kawasan berhantu. Kawasan ini dikatakan adalah satu kawasan yang mana beratus-ratus orang telah membunuh diri. Pernah satu ketika, rekod kes bunuh diri di sini mencecah 100 kematian dalam setahun. Dipercayai siapa sahaja yang berlegaran merentasi kawasan hutan ini akan dirasuk oleh roh orang-orang yang telah membunuh diri di kawasan hutan ini. Bahkan, orang-orang tua di Jepun memanggil kawasan ini sebagai kawasan syaitan.

 

Bhangarh Fort, India

 

bhangarh-fort-front-view-1024x572

 

10033873

 

Bhangarh Fort terletak berdekatan dengan Jaipur dan Alwar. Dipercayai bekas istana tersebut telah disumpah dengan ilmu hitam dan semua roh yang mati di situ akan kekal di situ sampai bila-bila. Yang peliknya lagi, rumah-rumah yang dibina di kawasan ini tidak mempunyai bumbung kerana setiap kali ia dibina dengan bumbung, ia pasti roboh secara tiba-tiba. Masyarakat di India percaya yang ia adalah satu kawasan yang paling berhantu di sana. Bahkan, kerajaan India juga melarang siapa sahaja untuk mendekati kawasan ini sesudah terbenamnya matahari. Yang menakutkan lagi, dikatakan siapa-siapa yang masuk ke kawasan ini pada waktu malam, mereka pasti tidak akan ditemui lagi selepas itu. 

 

Monte Cristo, New South Wales Australia

 

29f30ba000000578-3138517-image-m-26_1435205849971

 

Rumah agam ini dikatakan sebuah rumah yang mengerikan. Menurut cerita lama, Crawley, pemilik rumah tersebut telah mengunci dirinya di kediaman itu setelah kematian suami dan tidak keluar selama 23 tahun sehingga dia mati.  Selepas kematiannya dikhabarkan rohnya menghantui rumah itu. Penduduk yang melalui kawasan tersebut sering kali terdengar bunyi tangisan seorang wanita. Kumpulan paranormal juga pernah memasuki kediaman itu dan dikatakan bermacam-macam perkara mistik dan menyeramkan mereka lalui. Bahkan ada yang sehingga bertukar menjadi kebiruan kala memasuki kediaman itu.

 

 

 

 

The post Lokasi Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Bulu Roma Meremang Automatik appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment