Apa perasaan anda apabila kini anda bukan sahaja boleh menyelam di dasar laut bahkan anda boleh menginap di dalam lautan! Jelita membawa anda menyelam ke lima pengalaman berbeza di bawah permukaan air. Kemas bagasi dan rancang percutian anda di bawah dasar laut.
Gambar: http://ift.tt/1cc5JvF
The Manta Resort, Pulau Pemba, Zanzibar
Pulau ini diibaratkan seperti sebuah pulau yang terapung. Lokasi kamar tidur sedalam empat meter dibawah air, The Manta Resort menawarkan pengalaman cukup istimewa dengan keindahan alam semula jadi yang pasti memberi ketenangan kepada jiwa. Bayangkan lena anda dikelilingi kehidupan laut yang bebas berenang di sekeliling anda. Ia pasti akan menjadi memori manis untuk dikenang sepanjang hayat. Di dek atas pula, anda boleh bermalasan sambil berjemur atau mengira bintang di langit juga menikmati makan malam di atas dek air.
Gambar:newyear2020.com
Gambar: www.jebiga.com
Atlantis, The Palm, Dubai
Alami keindahan pemandangan kehidupan laut di Underwater Suits di Hotel Atlantis, Dubai. Buat pasangan yang inginkan percutian yang cukup intim dan romantik, suite di bawah air ini menjanjikan pengalaman yang cukup menakjubkan dengan panorama indah termasuklah mitos peninggalan purba kota Atlantis. Bersedia untuk terpukau dengan suasana kamar tidur yang dihiasi pemandangan kaca dari lantai hingga ke siling, terus ke Ambassador Lagoon yang dipenuhi jerung serta 65 ribu jenis habitat laut. Nikmati dunia penuh rileks lagi menenangkan!
Gambar: i.ytimg.com
Gambar: conradhotels3.hilton.com
Conrad Maldives Rangali Island Resort
Ia bukan sebuah hotel namun Ithaa Undersea Restaurant di Conrad Maldives Rangali Island Resort merupakan restoran bawah air pertama di dunia yang dibina dari kaca sepenuhnya. Restoran unik yang terletak sedalam 16 kaki di bawah paras laut ini menawarkan masakan Maldives dan Barat. Nikmati hidangan anda sambil melihat kehidupan laut serta tumbuhan batu karang yang menjadi tarikan. Anda juga boleh mengadakan majlis perkahwinan idi restoran ini. Jadi yang pertama antara kawan-kawan anda untuk mengadakan majlis kahwin bawah air.
Gambar: netdna.coolthings.com
Gambar: melissakeroack.org
Lovers Deep, Caribean
Alami pengalaman yang lain daripada yang lain dengan kapal selam Lovers Deep. Kapal selam rekreasi ini ditawarkan khas buat pasangan yang dambakan percutian penuh privasi di bawah lautan. Segala yang anda impikan pasti menjadi kenyataan kerana kapal selam ini direka mengikut spesifikasi peribadi anda. Layari lautan Carribean bersama pasangan anda dan alami pengalaman unik lagi hebat yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup.
Gambar: Gulet.at
Gambar: pinimg.com
Lime Spa di Huvafen Fushi, Maldives
Spa bawah air pertama di dunia ini menawarkan sensasi berlainan buat anda yang ingin memanjakan diri setelah letih dengan aktiviti snorkelling dan perairan. Alami rawatan yang menakjubkan selama 180 minit dan hayati intipati Maldives dengan tawaran mineral, limau serta kelapa asli dari pulau ini. Setelah selesai sesi urutan, anda boleh menghayati keindahan hidupan eksotik laut sambil menikmati buah-buahan dan teh herba.
Sumber: GLAM.MY
The post Lima Hotel Di Bawah Permukaan Air appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment