Peminat koleksi tudung dUCk Scarves kini berpeluang menjadi pemilik pelbagai produk terbaru dalam koleksi edisi terhad, The Alphabet Collection yang dilancarkan Kumpulan dUCk.
Inspirasi koleksi kali ini? Menurut siaran media menggunakan suara D, persona yang mewakili setiap jalan cerita menerusi Instagram @TheDuckGroup, koleksi abjad ini meraikan misteri selain sebagai cara untuk ‘memperibadikan’ harta milik anda. “Makan masa yang lama untuk sampai ke tahap ini, tetapi saya teruja untuk kongsikan kisah ini dan akhirnya berkongsi rahsia di sebalik nama sebenar saya,” katanya.
Koleksi terbaru ini yang terdiri daripada skarf (empat segi), twilly, buku nota dan beg tote memaparkan rekaan geometrik yang disudahi dengan kesan ala krayon. Apa yang membezakan koleksi Alphabet dengan yang terdahulu dan sebab ianya memakan masa begitu lama untuk melancarkannya: “Adalah sentuhan peribadi yang kami berikan untuk setiap rekaan – setiap satu daripada mempunyai satu abjad. Tiada dua rekaan yang sama bagi skarf, beg, buku nota atau twilly. Setiap abjad direka tersendiri dan mempunyai elemen unik yang menjadikannya istimewa,” katanya.
Turut dilancarkan dalam Kumpulan dUCk adalah Alphabet Tote Bag – beg kanvas dengan kemasan kulit, bahagian dalamnya dicetak dengan monogram dUCk terbaru, cetakat abjad tersendiri dan 3D dUCk charm zipper.
Sementara itu, pengasas Kumpulan dUCk, Vivy Yusof berkata, koleksi ini memakan masa lebih setahun untuk dicipta. “Tetapi, setiap detik penantian adalah amat berbaloi. Secara rasminya, ia adalah koleksi kami yang terbesar setakat ini. Saya cukup gembira dengan keseluruhan koleksi ini selain kisah D mengenainya. Ia juga sentuhan peribadi yang hebat bagi semua yang anda miliki! Bayangkan, skarf, buku nota, twilly dan beg yang melambangkan diri anda tetapi tanpa perlu ‘menjerit’ mengenainya,” katanya.
Koleksi Alphabet edisi terhad ini dilancarkan pada Oktober 7 selama tiga hari menerusi acara pra-pesanan (pre-order) kecuali buku nota yang boleh dibeli terus. Harganya adalah seperti berikut:
Buku Nota Hardcover, RM40
Beg Tote, RM400
Skarf Empat Segi Sutera Satin, RM300
Twilly Sutera Satin, RM120
The post Koleksi Ikut Abjad – The Alphabet Collection oleh dUCk appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment