FashionValet kini membawakan sesuatu yang baru dalam dunia fesyen. Bayangkan kini anda boleh memilih pelbagai rekaan busana pengantin dari pereka fesyen tempatan hanya dihujung jari anda.
Portal fesyen online terbesar Asia, FashionValet memperkenalkan koleksi rekaan busana pengantin khusus buat bakal pengantin- FashionValet Bridal. FashionValet terkenal dengan pelbagai pilihan barangan wanita termasuk pakaian, produk kecantikan, kasut, aksesori dan banyak lagi yang dijual secara online. Penambahan kategori baru ini akan mengukuhkan lagi kedudukan FashionValet sebagai web portal fesyen yang menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang terbaik.
“Matlamat utama kami di FashionValet adalah untuk memberikan yang terbaik untuk semua peringkat kehidupan seorang wanita- sama ada ia adalah hari pertama di kolej, hari pertama di tempat kerja, pengalaman mengandungkan anak pertama dan juga banyak lagi peristiwa penting. Kini FashionValet juga bakal memberikan yang terbaik buat wanita yang bakal mengharungi hari terbesar dalam hidupnya. Dengan bangganya kami boleh mengatakan FashionValet telah menjadi teman hidup terbaik buat semua wanita,” kata Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Pegawak Kreatif FashionValet.
Istimewanya FashionValet Bridal ini ialah keupayaan untuk melayari pelbagai pilihan busana pengantin dari rumah anda sendiri. Kini, anda tidak perlu untuk memandu dari satu butik ke butik yang lain dan juga menghadapi tekanan kerana perlu membahagikan masa anda untuk menguruskan persiapan perkahwinan seperti katering, mengedarkan jemputan, menempah tempat dan pelbagai lagi urusan lain yang perlu diuruskan.
Paling penting, kini anda juga boleh memiliki busana pengantin yang anda impikan tanpa perlu terbeban dengan harga yang mahal. Rekaan busana pengantin di FashionValet direka khas untuk setiap wanita dengan harga yang berpatutan. Setiap busana bermula antara RM1.800 hingga RM5,000.
Bayangkan pada hari istimewa tubuh anda dibaluti dengan busana pengantin indah yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal di Malaysia. Antara senarai pereka fesyen yang terlibat dalam FashionValet Bridal ialah Mimpikita, PU3, Rizman Ruzaini, Fizi Woo, Khoon Hooi, S. Baharim, Syomirizwa Gupta dan NH by Nurita Harith.
Pereka fesyen lain yang bakal turut serta ialah Alia Bastamam dan Hatta Dolmat. Bagi pelanggan yang membeli di FashionValet Bridal akan menerima kit perkahwinan mewah. Kit perkahwinan mewah ini bukan sahaja mengandungi pakaian pengantin yang dibeli tetapi juga cenderahati menarik seperti penutup mata, sepasang selipar rumah yang lembut, senarai semak untuk majlis perkahwinan yang indah, jubah sutera dan juga beg solek. Pastinya membuka kit perkahwian dari FashionValet bakal menjadi pengalaman yang menyeronokkan buat bakal pengantin.
Pelancaran FashionValet Bridal pada 12 Oktober lalu sangat meriah dengan sokongan dari Hotel St Regis Kuala Lumpur. Dengan suasana dan hiasan dalaman yang indah, hotel ini merupakan pilihan sempurna untuk melengkapi pelancaran koleksi itu serta barisan model-model tempatan dan antarabangsa dari Andrew Models Malaysia yang juga merupakan rakan kongsi rasmi untuk acara itu. Diketuai oleh Encik Andrews Tan, Andrew Models Malaysia sentiasa menjadi penyokong setia FashionValet dan telah bekerjasama di pelbagai acara seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 dan Gaya Koleksi Raya 2016.
“Kami berterima kasih kepada St Regis dan Andrew Models Malaysia sebagai rakan kongsi kami dalam membantu merealisasikan wawasan ini. Tanpa sokongan mereka, pelancaran kami tidak akan sehebat ini!” Sambung Vivy lagi.
Acara pelancaran dimulakan dengan pertunjukan fesyen yang mempamerkan busana dari lapan pereka. Para tetamu diberi peluang untuk melihat setiap rekaan dan perincian busana secara dekat dan juga boleh berbicara secara peribadi dengan pereka fesyen. Kategori ini merupakan kategori tetap di FashionValet. Sebaik sahaja kategori ini menjadi lebih kukuh, FashionValet akan menambah rekaan dari pereka yang lain.
“Untuk mereka kategori pakaian pengantin adalah sesuatu yang telah lama saya fikirkan dan saya teruja kerana ia membuahkan hasil. Kami mengharap ia dapat meringankan beban bakal pengantin dari segi membeli-belah untuk busana pengantin yang sempurna. Saya ingin FashionValet menjadi one stop online shopping di mana para wanita boleh mendapatkan segala-galanya dari hujung rambut hingga hujung kaki, tidak kira apa pun jenis majlis itu,” kata Vivy mengakhiri ucapannya.
The post Koleksi Busana Pengantin Hanya Di Hujung Jari oleh FashionValet appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment