Gambar: INGimage
Rambut merupakan mahkota berharga bagi seorang wanita. Ramai wanita yang sanggup berhabisan wang untuk mendapatkan rambut yang sihat, cantik dan bersinar. Rambut yang kusut dirawat agara jadi lebih lembut dan lurus manakala rambut yang kusam dan kering dioles dengan krim perapi atau serum.
Namun masalah rambut yang paling merisaukan wanita (termasuk juga lelaki) ialah rambut gugur. Masalah rambut gugur adalah salah satu punca hilang keyakinan diri dan juga faktor kenapa anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Ketahui punca rambut gugur agar anda dapat mengelakkan masalah ini di kemudian hari.
1. Anda kekurang vitamin. Vitamin B12 dan zat besi adalah dua sumber khasiat penting untuk kesihatan rambut. Oleh itu, pastikan anda mengambil makanan seperti daging, ikan, bijirin dan telur.
2. Kerap mengikat rambut dengan kuat juga antara punca rambut anda gugur kerana sewaktu anda mengikat rambut, anda sebenarnya memberi tekanan pada folikel rambut anda.
3. Bagi anda yang gemarkan mewarnakan rambut, menukar warna rambut dengan kerap juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah rambut gugur. Bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rabut boleh menjadi pembunuh kepada hayat rambut anda.
4. Salah satu faktor yang mungkin anda tidak tahu ialah usah keringkan rambut menggunakan tuala kain kapas, sebaliknya gunakan tuala microfiber. Ada juga yang menyarankan, rambut yang basah dibungkus dengan baju-T kerana fabriknya lebih lembut.
5. Terlalu banyak menggunakan produk penggayaan rambut juga boleh menyumbang kepada masalah rambut gugur. Selain itu penggunaan alatan seperti pengeriting, pelurus serta pengering rambut juga turut menyumbang kepada masalah ini.
The post Ketahui Punca Rambut Gugur appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment