Gambar: INGimage
Susu mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita. Susu kaya dengan kalsium yang membantu menguatkan tulang. Lengkapkan sajian sarapan pagi anda dengan segelas susu kerana susu merupakan pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi.
Rakyat Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi daripada pengambilan makanan harian. Kekurangan khasiat ini boleh membawa kepda masalah tulang rapuh. Demi untuk menangani masalah ini, Dutch Lady telah memperkenalkan kempen susu terbaru untuk menggalakkan keluarga di Malaysia supaya minum susu sebelum pergi kerja atau sekolah.
Minum dua gelas susu sehari boleh membantu memenuhi keperluan makanan untuk sekeluarga. Susu merupakan sumber yang kaya dengan kalsium yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak. Selain itu, susu juga membantu mendapatkan jisim tulang yang sihat untuk orang dewasa walaupun pada usia emas.
Susu juga mengandungi nutrien penting yang lain antaranya protein yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran dan perkembangan otot dan tisu. Vitamin A pula penting untuk fungsi mata sihat, Vitamin B2 menyokong fungsi-fungsi sel yang mengubah makanan kepada tenaga, dan D3 membantu menyerap kalsium dan fosforus.
Tambahkan pengambilan susu ketika bersarapan pagi untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga.
The post Kebaikan Susu Untuk Hidangan Pertama Anda appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment