Gambar: mirror.co.uk
Penyanyi, Janet Jackson muncul buat pertama kali lengkap dengan berpakaian Islam sejak mengumumkan berita kehamilannya.
Bintang itu dipercayai memeluk Islam setelah berkahwin dengan jutawan Qatar, Wissam Al Manna, 41, pada tahun 2012.
Pasangan itu kelihatan bahagia berjalan-jalan sambil berpegangan tangan di Kota London. Kelihatan Janet yang bakal menjadi ibu buat kali pertama pada usia 50 tahun itu mengusap perutnya yang kian membesar.
Pasangan itu dilihat sedang membeli-belah untuk pakaian bayi di sebuah butik mewah sebelum berhenti di restoran yang menghidangkan makanan yang sihat.
Sebelum ini, Janet Jackson mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak sulungnya bersama Wissa Al Manna.
The post Janet Jackson Tampil Berhijab Sejak Hamil appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment