Gambar: INGimage
Setiap orang mahukan percutian yang sempurna untuk dijadikan memori terindah dalam hidup. Persediaan yang lengkap adalah kunci kepada percutian yang sempurna. Oleh itu, anda perlu tahu item penting yang perlu dibawa selain dari pakaian anda. Jelita senaraikan item penting yang perlu anda bawa sewaktu pergi melancong.
Powerbank
Powerbank sangat penting untuk mengecas bateri telefon bimbit anda. Pastikan kapasiti powerbank anda besar supaya ia boleh mengecas dengan lebh lama. Jadi, anda tidak perlu risau jika bateri telefon anda habis sekiranya anda berada dalam kesusahan. Powerbank juga sangat mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan tidak berat.
Kamera Digital
Percutian anda tidak akan sempurna sekiranya anda tiada gambar kenangan. Sebaiknya anda membawa sekali kamera anda sekiranya anda mahukan gambar yang lebih berkualiti.
Long John atau Heattech
Sekiranya anda mahu melancong pada musim sejuk atau di tempat yang mempunyai suhu dingin, maka Long John adalah satu kemestian. Ia dipakai dalam bahagian baju untuk memerangkap haba. Long John lebih mudah dibawa daripada anda membawa baju sejuk atau kot tebal (kecuali jika tempat yang anda ingin tuju benar-benar sejuk). Long John diperbuat dari material cotton dan acrylic.
Travel Adapter
Bukan semua plug sama seperti Malaysia. Jadi, jika melancong ke luar negara adapter sangat diperlukan untuk memudahkan anda menggunakan plug.
Tisu Basah
Ia mungkin tampak remeh tapi sebenarnya ia sangat penting juga kerana tisu basah memudahkan urusan anda ke tandas atau untuk membersihkan muka. Bahkan untuk mengelap permukaan-permukaan kotor, tisu basah sangat membantu sekiranya anda melancong bersama anak kecil.
Kelengkapan Mandi
Tidak perlu untuk bawa semua kelengkapan mandi sewaktu pergi melancong. Cukup dengan membawa pembersih muka, berus gigi dan ubat gigi. Syampu dan sabun mandi biasanya telah disediakan oleh pihak hotel. Letakkan dalam beg kecil untuk menjimatkan lagi ruang bagasi anda.
Kotak Bantuan Kecemasan
Jangan ambil mudah soal keselamatan sewaktu anda sedang bercuti. Pastikan anda ada membawa kotak bantuan kecemasan. Tidak perlu bawa yang besar. Cukup dengan yang asas sahaja. Pastikan terdapat plaster, minyak angin, dan ubat-ubatan asas seperti untuk demam, cirit-birit dan sebagainya. Bawa juga penyemur untuk mengatasi masalah kaki terseliuh.
Travel Cooker
Jimatkan sedikit ruang dalam bagasi untuk menyimpan travel cooker. Ia sangat penting jika anda seorang yang suka makan dan memudahkan jika anda melancong di negara yang sukar mendapatkan makanan halal (bagi Muslim). Travel cooker ini sagat mudah digunakan dan anda boleh masak nasi an mi segera, merebus, buat sup serta memasak lauk-lauk ringkas. Paling penting, dapat jimat wang belanja untuk makan.
The post Item Yang Perlu Dibawa Ketika Pergi Melancong appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment