Ibu Bantu Urus Persiapan Kahwin Amyra dan Amar

amyra rosli amar baharin

Foto: http://ift.tt/2cy1kYr


 
Pelakon Amar Baharin berasa lega apabila pengurus juga merangkap ibu kepada tunangnya, Amyra Rosli,  Noor Zaridah Ahmad, banyak membantu menguruskan persiapan perkahwinannya dengan aktres itu yang bakal berlangsung 11 November depan.
 
Amar, 31, memberitahu dia dan Amyra terlalu sibuk dengan penggambaran sehingga mereka tidak punya banyak masa bagi menguruskan persiapan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
 
Menurut temubual Amar bersama akhbar online tempatan, 90 peratus persiapan sudah pun dilakukan atas bantuan ibu Amyra. Dia dan Amyra sememangnya sibuk dengan jadual penggambaran dan baru sahaja pulang dari United Kingdom kerana menjalani penggambara di sama.
 
Menurut pelakon ini lagi, dia bakal berpisah sementara dengan Amyra memandangkan bakal isterinya akan ke Dubai bagi menjalani penggambaran drama di sana.
 
Amar dan Amyra bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 11 November depan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 12 November di sebelah pihak pengantin perempuan manakala pada 19 November di sebelah keluarga Amyra.

The post Ibu Bantu Urus Persiapan Kahwin Amyra dan Amar appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment