Hindari Tulang Rapuh – Info Osteoporosis

Apabila kepadatan tulang semakin hilang hingga mengakibatkan tulang rapuh dan mudah patah anda mungkin menghidap osteoporosis. Biasanya berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan wanita selepas menopaus kerana badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

osteoporosis

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.

Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.

Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga emas kualiti hidup mereka terjejas. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.

Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah (atau pecah) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.

Sebab-Sebab

Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila:

  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.

Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :

  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.

Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:

  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.

*Dipetik daripada majalah Jelita edisi 2013

The post Hindari Tulang Rapuh – Info Osteoporosis appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment