Hijab Ready-To-Wear oleh Jovian Mandagie

Fenomena pasaran hijab bukan sesuatu yang mengejutkan lagi malah pasaran hijab melonjak naik sepanjang tahun ini. Kalau sebut jual hijab, pelopornya terdiri daripada pelajar, artis malah tidak ketinggalan, pereka fesyen tanah air. Terbaru, pereka fesyen tersohor, Jovian Mandagie memperkenalkan Jovian Hijab yang terdiri daripada koleksi Jovian Ready-To-Wear (RTW).

jovianhijab26728-copy

Jika sebelum ini koleksi Jovian Hijab tampil dengan gaya tersendiri, kini Jovian Ready-To-Wear (RTW) diberi nafas baru dengan rekaan dan gaya yang lebih segar dan berbeza. Koleksi yang memberi sentuhan anggun ini membolehkan setiap wanita boleh mencari keyakinan diri tersendiri terutamanya untuk menjadi ‘entity’ yang jelas sebagai wanita Muslimah. Koleksi ini menampilkan pelbagai jenis hijab seperti selendang panjang yang bermanik, selendang panjang bercorak dan juga hijab yang berbentuk petak (bawal). Menggunakan fabrik ringan iaitu satin dan sifon, ia boleh didapati dalam pelbagai warna yang sesuai dengan setiap tona kulit wanita Asia.

jovianhijab26969-copy

Dengan menyambut nilai yang klasik daripada konsep hijab yang sempurna sepertimana fesyen muslimah masa kini, koleksi ini juga menerapkan komponen-komponen yang kontemporari. Rangkaian hijab boleh digayakan oleh mana-mana peringkat umur harganya pula bermula daripada RM99 sehingga RM129. Siapa yang dah tidak sabar untuk mendapatkannya, bolehlah beli melalui stokis rasmi Jovian Hijab, butik-butik Jovian (J Store) dan di laman web Jovian iaitu www.jovian.com/shop.

The post Hijab Ready-To-Wear oleh Jovian Mandagie appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment