Tiada lagi Monday Couple kerana Gary akan meninggalkan rancangan realiti popular Korea, Running Man.
Pada 25 Oktober lalu, rancangan realiti, Running Man mengumumkan Gary akan meninggalkan rancangan itu. Menurut laporan, Gary memberitahu krew produksi pada awal tahun ini tentang rancangannya untuk meninggalkan rancangan itu namun krew dan ahli yang lain cuba untuk mengubah fikirannya. Namun, baru-baru ini Gary mengambil keputusan untuk meninggalkan rancangan itu untuk memberi fokus pada bidang muzik.
Krew penerbitan Running Man mengambil keputusan untuk menghormati keputusan Gary. Krew penerbitan turut berterima kasih pada Gary atas penglibatannya sebagai salah seorang ahli Running Man selama enam tahun ini.
Gary telah menjadi sebahagian dari ahli Running Man selama enam tahun bermula dari episod pertama rancangan itu pada Julai 2010. Penggambaran terakhir Gary bersama Running Man adalah pada 31 Oktober ini dan Running Man akan meneruskan rancangan tanpa Gary pada bulan November.
Gambar: Instagram SBS Running Man
The post Gary Akan Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment