Gambar: azhan.co
Filem Redha telah dipilih secara rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mewakili negara dalam Kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Oscar ke-89 tahun depan.
Acara berprestij dunia itu dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2017.
Filem yang pernah dicalonkan dalam kategori yang sama sebelum ini ialah Puteri Gunung Ledang (2005), Bunohan (2013) dan Lelaki Harapan Dunia (2015).
Filem Redha mengisahkan tentang kekuatan dan pengorbanan pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran, suka dan duka membesarkan anak tunggal mereka yang menghidap autisme.
Selain dari Oscar, filem arahan Tunku Mona Riza, terbitan Current Pictures Sdn Bhd ini juga turut terpilih untuk mewakili Malaysia ke Minggu Filem Asia Case ke-4 di Barcelona dan Anugerah Skrin Asia Pasifik ke-10 (APSA) di Brisbane, Australia pada November tahun hadapan.
Filem Redha pernah memenangi Anugerah Merit di Los Angeles (Awareness Film Festival (LAAFF2016)) dan Anugerah Utama iaitu The Special Prize Nominated by The President of Tatarstan Republic for Humanism in the Cinematography dan juga The Special Prize of The Russian Guild of Cinema Critics.
Filem ini juga turut meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi pelakon, Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri pada World Premieres Film Festival 2016 di Manila, Filipina.
Selain itu, barisan pelakonnya iaitu Nam Ron, Harith Haziq dan Izzy Zulkhazreef turut diiktiraf sebagai barisan pelakon lelaki terbaik dalam filem cereka pada Festival Filem Muslim Antarabangsa Kaza ke-12 2016.
The post Filem Redha Wakil Malaysia Ke Oscar Tahun Depan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment