Gambar: mstar.com
Kes di antara Elly Mazlein, Faye Kusairi dan juga bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta masih lagi berterusan. Semalam Azmi Hatta mengadakan sidang media tergempar dan di saat akhir di saat akhir di Taman Tasik Titiwangsa, kerana ingin mendedahkan punca sebenar dia dan Elly Mazlein bercerai. Dalam kenyataan Azmi, dia turut mendakwa Elly kuat cemburu buta dan dia jug aditumbuk dan diterajang oleh bekas isterinya itu.
Namun, apabila orang ramai membaca kenyataan daripada Azmi itu, ramai yang mempersoalkan bagaimana seorang wanita yang sedang sarat mengandung mampu untuk mencederakan seorang lelaki yang kudratnya lebih kuat. Dan ada turut mempersoalkan kenapa Azmi tidak menghalang Elly?
Akibat tidak berpuas hati dengan penulisan dari wartawan dan juga kerana ingin membela Azmi, pelakon, Faye Kusairi pula telah memuat naik pelbagai status di laman sosial medianya.
Gambar: Sumber Google
Antara status yang menarik perhatian ramai dan yang mencetuskan kemarahan netizen ialah Faye sanggup mempertikaikan kreadibiliti wartawan dan menggelar mereka bodoh.
Ramai yang tidak setuju dengan tindakan Faye yang terus lantang bersuara dan mempertahankan sesuatu yang belum pasti dan ada juga yang menyifatkan tindakan Faye menggelar wartawan bodoh itu adalah kata-kata yang tidak patut dikeluarkan oleh Faye kerana kerjaya lakonannya bergantung pada wartawan.
The post Faye Kusairi Tidak Puas Hati, Gelar Wartawan Bodoh appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment