Ciri-ciri Fizikal Wanita Yang Buat Lelaki Tergoda Automatik

Attention ladies! Mungkin kalian patut cuba realisasi ciri-ciri fizikal ini untuk pikat si suami kembali demi merapatkan hubungan intim kalian agar sentiasa berahi meskipun sudah bertahun bersama.
shutterstock_133075058

Gambar : Shutterstock

 

Sememangnya lelaki punya pilihan masing-masing dalam mencari wanita yang diidamkan termasuklah ciri-ciri fizikal tubuhnya yang sentiasa menggoda dan menjadi kesukaannya.
Dengan ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadikan seseorang wanita itu tampil cantik dan menawan. Ia sekaligus mencerminkan tubuh kita yang sihat dan sentiasa terjaga rapi.
Nak tahu ciri-ciri fizikal pada wanita yang lelaki sukakan? EH! senaraikan di bawah.

1. Senyuman

Sains membuktikan yang mana senyuman mampu menarik perhatian semua orang. Bahkan ia boleh menceriakan hari seseorang yang sedang berduka.

2. Pinggang ramping, pinggul menawan

Menurut sains, ini adalah aset bagi diri seorang wanita. Lelaki selalunya lebih sukakan wanita yang mempunyai pinggang ramping dan pinggul yang menawan. Jom squat!

3. Rambut ikal mayang

Dengan rambut yang terurai lembut serta bersinar sihat panjang boleh menarik perhatian lelaki. Jadi, buat para isteri, seeloknya menjaga kesihatan rambut kalian sebaiknya kerana dengan cara ini ia lebih menyempurnakan gaya seorang wanita cantik berseri di hadapan suami.

4. Pakaian atau gincu berona merah

Disebabkan itu warna merah sering dikaitkan dengan seks kerana ia terbukti boleh menaikkan nafsu berahi. Mungkin boleh pilih pakaian dalam dengan rona merah untuk malam istimewa kalian sebagai suami isteri. Sekurangnya boleh pikat semula hatinya!

5. Solekan natural

Mungkin ramai wanita menganggap yang lelaki lebih sukakan wanita yang bersolek tebal, walhal mereka lebih sukakan wanita yang bermekap natural serta tidak terlalu melebih. Jadi, seeloknya pilih rona-rona pembayang mata yang buatkan mata tampak sihat berseri semula jadi.

 

Sumber : Cosmopolitan.my

 

 

The post Ciri-ciri Fizikal Wanita Yang Buat Lelaki Tergoda Automatik appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment