Cara Membuat Perangkap Nyamuk

Perangi denggi dan zika habis-habisan dengan membunuh nyamuk aedes pembawa virus ini. Selain membuang air bertakung di sekitar kawasan rumah bagi mengelak pembiakan nyamuk, anda juga boleh membunuhnya dengan membuat perangkap nyamuk sendiri. Jangan membazir dengan membeli perangkap yang belum tentu berkesan. Apa kata anda cuba buat perangkap nyamuk sendiri dengan menggunakan bahan senang didapati serta murah.

Ini cara untuk anda membuat perangkap sendiri.

Bahan yang diperlukan:

img_20161014_113502

Botol plastik kosong

Gunting

Yis kering

Gula perang

Air panas

Kertas hitam

Pita pelekat

Cara membuatnya:

  1. Potong botol kepada dua bahagian.
  2. Larutkan gula perang dengan air panas.
  3. Tuang larutan gula sehingga separuh botol.
  4. Campur sedikit yis ke dalam larutan gula. Adunan ini menghasilkan tindak balas karbon dioksida yang akan menarik perhatian nyamuk.
  5. Tutup botol menggunakan penutup yang dipotong tadi. Pastikan penutup itu menghadap ke bawah. Kemaskan dengan pita pelekat.
  6. Balut botol dengan kertas hitam. Ini kerana nyamuk akan tertarik kepada warna gelap.

Perangkap anda sedia untuk diguna. Letak di kawasan yang menjadi tumpuan yamuk seperti di belakang dan di bawah almari dan di kawasan gelap.

The post Cara Membuat Perangkap Nyamuk appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment