Lawan dengan ketakutan anda di Nights of Fright 4, Sunway Lagoon!
Kala malam menjelma dan persekitaran kian gelap, Sunway Lagoon membawakan kepada anda suatu pengalaman menyeramkan yang akan anda kenang buat selamanya. Bermula 7 hingga 31 Oktober ini, Nights of Fright 4 (NOF4) akan membawa pengunjung untuk berhadapan dan melawan ketakutan diri dengan kisah urban legends, ikon Hollywood dan modern dystopian!
NOF4 mempunyai lapan rumah berhantu, enam zon menakutkan dan 11 ride mengujakan yang menyaksikan pelbagai ‘ketakutan’ akan mengekori dan menghantui diri setiap pengunjung sepanjang malam itu.
NOF4 berlangsung pada setiap Jumaat hingga Ahad, 7.30 malam ke 11.30 malam, bermula 7 hingga 31 Oktober 2016. Harga tiket adalah RM58 (harga biasa), RM50 (harga pelajar), dengan promosi eksklusif RM120 (pas masuk ke Sunway Lagoon & tiket NOF4) dan beli 2 tiket dengan harga RM80 (hanya untuk Ahad).
The post Cabar Diri di Nights of Fright 4, Sunway Lagoon appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment